Saturday 1 October 2011

Lady In Relationship-Makin Kemas atau Makin Selekeh

Hai dan salam sejahtera semua..Entri mama kali ni berkaitan dengan wanita atau gadis yang sudah berstatus "In Relationship".Hehehe..Seperti yang kita sedia maklum,kalau kita tengok lam facebook atau apa sajalah laman sosial sekarang,wanita ni lau ada status aje,mesti in relationship untuk menunjukkan yang dia tu dah berpunya.Hehehe..

Okaylah..Pertama sekali yang mama nak ceritakan di sini ialah tentang personaliti luaran bagi wanita sebelum mereka "In Relationship" dan juga selepas "In Relationship".Orang katalah,sesetengah wanita ni bila diaorang tengah single,alamak mak oii..Personalitinya mengalahkan seorang artis.Dengan kemasnya baju,cantiknya pemakaian dan wanginya ketiak.Tetapi selepas sahaja ber"couple",selekeh macam orang gila di tengah jalan.Sebagai contohlah; Minah sebelum kapel dengan mamat tu,bukan main dressing lagi.Kalah Jeniffer Lopez bila berpakaian.Mekap tebal macam tepung gomok(sejenis kuih yang berwarna hitam tetapi disaluti dengan tepung di luarnya).Wangian badan tu 7 bau ada.Bau vanila,bau bunga,bau ubat gegat pun ada.Hahahaha..Semata-mata nak menjaga ketrampilan depan bakal pakwe.Yea lah..Mula-mula nak goda ngan amek hati lelaki kan?Lepas tu bila dah start kapel,imej cantik tu masih melekat pada diri.Ketika tu,saja lah tu sebab nak suruh pakwe jeles skit kan?hehehe

Bila dah kapel lama skit,4 bulan hingga 6 bulan,mulalah ketrampilan tu hilang sedikit demi sedikit.Bau vanila,bau bunga sudah semakin hilang ditusuk bau ketiak macam cuka.Rambut yang disisir rapi dulu sebab rebonding(guna jari pun boleh) sekarang dah kusut masai.Macam orang bangun tidur.Ala-ala Alleycats pun ada.Bila ditanya,kenapa ketrampilan tak dijaga ni?Alasannya,sebab dah ada pakwe.Pakwe sayang sangat2 dekat dia.Kalau pakwe dah sayang,macam mana rupa sekalipun mesti pakwe takkan lari punya.Hehehe..Tu lah jawapan dia.

Nasihat mama pada golongan yang terlibat dalam masalah di atas ni,biarlah kita ni ada pakwe sekalipun dan sayang mana mereka pada kita pun,kita sebagai wanita mestilah menjaga ketrampilan diri kita sebagai perempuan.Memang tidak dinafikan bila kekasih kita sudah menyayangi kita sesayang sayangnya,muka kita macam Peah jiran mama sekalipun,dia takkan cari kekasih lain.Tapi kita sebagai wanita ni haruslah sedar bahawa bila kita ber"kapel",makin kemas diri kita,makin cantik diri kita,semakin kita menghias diri kita dengan kecantikan,100% sayang kekasih kita pada kita tu akan bertambah menjadi 500%.Maybe lepas ni kekasih kita suruh pakai purdah pulak sebab jeles orang ramai asyik duk memandang dan ushar awek diorang.Hehehehe..Tapi bukan semua wanita yang "In realtionship" ni bersifat seperti yang mama ceritakan.Yang sentiasa menjaga ketrampilan diri tu samada sebelum "In Relationship" atau selepas berkapel,GOOD JOB mama ucapkan.CONGRATULATIONS!!Hehehehe..Sekian,bye!

Ssssshhhhh!!!Mama pun selepas "IN RELATIONSHIP" ni semakin selekeh.Rambut mengerbang macam Alleycats.Berat badan makin naik..Semuanya bermula esok..Mama akan berubah menjadi semakin cantik..Dengan izinNya..Bye

No comments:

Post a Comment