Sunday 23 October 2011

Mama nak jadi raja boleh tak?

Putera Mahkota Sultan Abdulaziz Al Saud

 Dewan Diraja Arab Saudi pada Sabtu mengumumkan kemangkatan Putera Mahkota Sultan Abdulaziz Al Saud, demikian menurut laporan talian Agensi Berita Saudi.

Putera Mahkota berusia lingkungan 80an itu juga adalah Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Penerbangan Arab Saudi dan seorang anggota penting dalam badan pusat pembuat dasar kerajaan Arab Saudi.

"Dengan rasa sedih yang amat sangat, penjaga kepada kedua-dua masjid suci Raja Abdullah berkabung di atas kepergian kekanda baginda Putera Mahkota Sultan, yang mangkat pada awal pagi di luar negara selepas gering," kata Dewan Diraja dalam kenyataan.

Keadaan kesihatan Putera Sultan merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Raja Abdullah dijangka memanggil persidangan Majlis Kesetiaan untuk melantik seorang putera mahkota.

Majlis Kesetiaan ditubuhkan pada tahun 2006, sebaik sahaja Abdullah menjadi raja, dan ia tugaskan mengundi meluluskan pilihan raja sebagai putera mahkota atau sebaliknya mencalonkan pilihanya sendiri.

Televisyen Arab Saudi menangguhkan siaran awalnya untuk menyiarkan bacaan Al-Quran dengan tayangan gambar Kaabah, dan menurut SPA upacara pengkebumian akan diadakan di Riyadh pada Selasa.

Sssssssshhhhhhhhhhhhhhhh....Kan bagus kalau mama jadi raja.Mama nak bantu semua rakyat miskin di luar sana..tetiba kan??

1 comment: