Sunday 23 October 2011

Gaduh aje mesti nak bercerai...

Hai dan salam sejahtera..Mama malam ni memang mengantuk giler.Tapi disebabkan mama terlalu hepi,mama tahan juga mata mama yang mengantuk ni sebab nak menulis blog.Pertama sekali yang membuatkan mama tiba-tiba jadi segar ni sebab mama rasa terkejut dan bangga sebab Lulu Caldina (blogger yang terkenal tu) menjadi follower mama.Hahahaha..Happy yang tidak terkata.Alhamdulillah..Dengan adanya Lulu Caldina sebagai follower,mama akan terus rajin dan rajin menulis blog yang penuh sensasi ini..(Sensasi kew??)hehehe

Okaylah..Cukup dengan dunia perasaan mama tadi.Sekarang ni mama nak bercakap tentang pasangan kekasih atau pasangan suami isteri.Mama baru sahaja membaca salah sebuah blog New Interesting Manuscript by Akmal berkaitan tentang pergaduhan di dalam perhubungan.Maybe beliau telah serba sedikit menjelaskan mengapa pasangan itu bergaduh tetapi mama akan mengulas dengan lebih lanjut lagi.Hehehe...

Perhubungan suami isteri atau perhubungan yang dijalinkan antara satu sama lain ini sebenarnya memerlukan 3 PERKARA SAHAJA iaitu KESETIAAN,KEJUJURAN dan PERSEFAHAMAN.Dengan adanya tiga perkara ini,maka insyaAllah rumahtangga atau hubungan yang terjalin akan mengecapi kebahagiaan.Hehehe..Namun,kadang-kadang benar juga lagu Seniman P.Ramlee iaitu,"Lidah juga kadang-kadang tergigit."Sebenarnya hubugan yang bahagia itu sekalipun tidak akan terlepas daripada pergaduhan.Apa punca pergaduhan ni sampaikan pergaduhan ini turut menjadi salah satu rempah ratus yang wajib dalam perhubungan?Mesti korang tertanya-tanya lagi kenapa tadi mama cakap kalau ikut 3 konsep tu,perhubungan yang terjalin akan bahagia.Kalau bahagia,mesti tiada pergaduhan..

Hehehe..Sebenarnya sebahagia mana sekalipun pasangan itu,pergaduhan atau perselisihan faham tetap wujud walaupun sedikit.Sebenarnya pergaduhan itu penting untuk menunjukkan kemahuan dan kehendak pasangan terbabit.Sebagai contoh, Si suami mahu pergi ke restoran A untuk makan malam tetapi si isteri mahu ke restoran C untuk makan malam.Suami berkeras mahu ke restoran A sebab si suami merasakan masakan di restoran A tu lebih sedap manakala si isteri mahukan masakan di restoran B kerana suasana yang lebih nyaman dan romantik untuk bersama dengan si suami yang tercinta.Dalam situasi ini,pergaduhan sangatlah penting..(Pergaduhan di sini dimaksudkan ialah ARGUMENT dan BUKANNYA FIGHTING)..So,apabila pasangan ini argue sesama mereka,masing-masing meluahkan perasaan masing-masing dan seterusnya masing-masing dapat mengetahui isi hati yang terdapat di dalam hati pasangan mereka.Dengan ini,mereka akan lebih mengenali pasangan mereka dengan lebih rapat dan mesra.Seperti mana yang ditulis dalam blog New Interesting Manuscript ti,kesan daripada ARGUMENT ni akan berkahir dengan 2 perkara iaitu samada SEMAKIN RAPAT DAN MESRA atau hubungan SEMAKIN REGANG..

Oleh sebab itu,nasihat mama pada kapel-kapel di luar sana yang sangat suka bergaduh,hentikanlah pergaduhan tersebut dan seterusnya bawak berbincang.Ni sesetengah pasangan bila bergaduh aje,mesti mintak berpisah.Berpisah bukan cara nya,dik non..Hehehe..Okaylah,sekian..Bye!!

Sssssssssssssssssssshhhhhhhhhhhhhhh!!!!Mama sendiri pon kadang-kadang mintak pisah dengan kekasih mama lebih 10 kali sehari setiap kali kami gaduh..Tapi Alhamdulillah..Semakin mesra..Bye!

No comments:

Post a Comment