Tuesday 4 October 2011

What goes around,comes around..It's KARMA,babe!!(MALAY VERSION)

Hai dan salam sejahtera semua..Malam ini hujan lagi.Mama kesejukan seperti biasa.Kesunyian tetapi ditemani dengan nyanyian katak yang sangat merdu.Bunyi guruh di langit membuatkan mama teruja untuk menulis blog pada malam ini.Hehehe..Entri mama kali ini berkaitan dengan perhubungan cinta.Kalau diingatkan,entri mama kali ni berkaitan dengan entri mama yang sebelum ini yang bertajuk "Jangan ikat terlalu kemas.Longgarkan sikit."Lebih kurang begitulah tajuk dia.Untuk kepastian lagi,korang bacalah blog mama ni yea..Hehehe

Okaylah..Mama nak bercerita kali ini berkaitan dengan seorang kawan mama.Kawan mama ni seorang lelaki yea.Mama memang ramai kawan lelaki tetapi teman lelaki hanya satu.Mama minat ramai lelaki tetapi teman lelaki tetap satu dan dia hanyalah satu.Hehehe..jangan marah yea,abang.Sayang gurau-gurau aje ni.Adoi..melarat ke lain pulak.Berbalik pada kawan mama ni,biarlah mama namakan dia Henry.Henry ni dulu tak silap mama pernah putus cinta sekali(masa tu cinta monyet dialah).Setelah putus cinta dengan monyet dia tu,Henry ni jadi fobia untuk bercinta lagi.Sepanjang dia menjadi single dan berfobia dengan cinta,banyaknya wanita yang dia kutuk.Kalau korang dengar dengan kutukan dia,korang akan fikir "agak2 nya kawan mama ni gay kot." Sebab dia memang anti perempuan masa tu.

Tetapi ditakdirkan tuhan,Henry ini telah ditemukan dengan seorang perempuan yang bernama Julia.Julia ni merupakan rakan sepejabat Henry dan usianya agak muda berbanding dengan Henry.Nak dijadikan cerita,bila dah couple ni,Henry ni semakin hari semakin lupa dengan kawan-kawan dia.Kalau dulu selalu lepak dengan kawan-kawan di kopitiam selepas kerja,sekarang ni dah tak ada masa dengan kawan-kawan lagi.Segala dan serba serbi masa Henry diluangkan dengan Julia.Sampaikan ada yang naik rimas dengan perangai Henry yang tidak boleh langsung berjauhan dengan Julia.Bila mama tanya,kawan-kawan mama yang lain kata,"It's karma,babe.Kalau dulu dia duk kutuk sangat kat mana-mana lelaki yang selalu duk luang masa dengan awek tu bodoh,macam lembu kena tarik.Sekarang ni,lebih teruk dari lembu lagi si Henry tu."

Begitulah ceritanya.Rupa-rupanya si Henry ni dulu bukan main lagi anti dengan lelaki yang suka keluar dengan awek.lembu kena tarik hidunglah,bodohlah..apa lah..Semua dia kutuk.kalau dengar dia kutuk,boleh makan hati dengarnya.Tetapi tu lah manusia.Tak lari dari kesilapan.Setiap kali kita mengutuk orang atau mengata kat orang lain,kita sudah tentu akan menerima balasannya.Cuma masa yang menentukan bila kita akan dapat balasan tersebut.maybe esok,maybe lusa,tahun depan atau tidak berlaku pada kita,akan berlaku pada anak cucu kita.yang penting,Henry kawan mama ni sudah mengalami KARMA di mana dia sendiri ibarat lembu dicucuk hidung.Kita hanya mampu berdoa supaya dia sedar bahawa dia akan sedar akan kesilapan yang dia telah lakukan selama ni..Sekian..Bye!

Ssssshhhh......Mama sendiri pun lebih mengutamakan kawan berbanding dengan kekasih sendiri sebab mama tahu, apabila kita susah,hanya kawan-kawan sahaja yang mampu berada di sisi kita..Berkaitan dengan KARMA pulak,mama memang percaya kepada hadis Nabi yang berbunyi,"Sekiranya kamu berbuat baik,maka baiklah akan datang kepada mu.Sekiranya kamu berbuat jahat,maka kejahatanlah akan menimpa mu."Semua nya bermaksud KARMA kehidupan cuma definisinya sahaja yang berbeza..Bye!!

2 comments: