Saturday 22 October 2011

Gemuk tak sedar diri...

Hai dan salam sejahtera semuanya..Korang makan ape dah malam ni?mama harap korang semua jangan tinggal makan malam tau.Walaupun sesetengah dietician kata tak elok makan malam,tapi korang janganlah tinggalkan makan malam tu.Amek snek atau makanan yang ringan-ringan sahaja.Okay?hehehe

Okaylah..Kali ni mama nak bercerita tentang diri mama.Mama tak mahu lagi bercerita tentang keseksian ke,ape ke..Kali ni mama nak bercerita tentang diri mama pulak.Hari ni merupakan hari Jumaat di pantai timur terutamanya di negeri Terengganu.kebiasaan orang Terengganu ni bila time hari jumaat aje,mesti meluangkan masa dengan family.Bagi remaja,mereka lebih gemarkan meluangkan masa dengan kawan-kawan dengan melakukan aktiviti seperti bersukan,jalan-jalan dan ada antaranya pergi ke BUNDLE..Hehehe..

Bundle ni merupakan jualan baju berjenama yang murah-murah.Sesetengah remaja gemar memakai baju-baju yang trendy yang mengikut gaya dan fesyen masa kini.Nak beli baju berjenama di butik,alamatnya kerja 20 tahun belum tentu mampu membeli baju berjenama seperti G2000,Voir,Hush Puppies dan lain-lain..Jadi,dengan pergi ke tempat jualan bundle ni,InsyaAllah korang akan menjumpai baju-baju atau seluar yang berjenama dengan harga yang sangat-sangat murah.Hehehe..

Nak dijadikan cerita..Mama pun pergilah juga menjengah di bundle ni petang tadi.mama sangat berkenan dengan seluar jenama Body Glove dan Voir ni.Harganya sangatlah murah.Baju bundle ni sebenarnya baju yang diimport dari oversea.baju second hand.Hehehe..Mama membelek seluar tersebut dan tengok pada saiz seluar tu.Ditulisnya saiz 30 dan 32..Mama mengukur saiz pinggang seluar tu dileher mama.(orang tua kata kalau nak ukur saiz pinggang,kena ukur dileher sebab saiz pinggang kita sama besar dengan saiz leher)..Dengan yakinnya mama membeli seluar-seluar tersebut dengan harapan nak pakailah malam ni untuk pergi berjalan-jalan dengan kawan-kawan.Bila sampai ke bilik aje,mama terus mencubanya..Adoi!!!SENGSARA!!!!Belum sampai kat punggung lagi,seluar tu dah terlekat dekat punggung mama..Emmmm...sedihnya..

Mama memang akui punggung mama agak besar jika dibesarkan dengan saiz pinggang mama.Saiz pinggang mama memanglah 30.Kadang-kadang 32.Ikot jenis seluarlah..Tapi sayang,semua seluar yang mama beli akan terlekat di punggung..emmmm...Jadi pesanan mama,korang lain kali kalau nak beli seluar apa-apa,jangan terlalu yakin sangat yang saiz seluar tu memang muat dengan kita.Kalau boleh,cuba bawa seluar contoh yang kita selalu pakai ke kedai untuk ukur saiz seluar kita.Kadang-kadang ilusi boleh menipu kita..Huhuhu...Yea lah,sekali tengok,"Wah,besar nya seluar ni.Muat dengan aku kot."sekali pakai,"Adoi!!!!Tak muatlah.."Tak pasal-pasal melayang duit korang.Sekian..Bye!

Sssssssshhhhhhhhhhhhh...Walaupun seluar yang dibeli tak muat,tetapi baju-baju yang diborong kat sana masih mampu menarik minat mata-mata lelaki untuk memandang ke arah mama..Hahahahahaha...Bye!

No comments:

Post a Comment