Thursday 20 October 2011

Asyik asyik kahwin..Terdesak sangat ke??

Hai dan salam sejahtera semua..Fuh!! Berpeluh mama main badminton malam ni.Badan pun segar sangat.Hehehe..Tapi sayang.Mama tidak selincah seperti sebelum ni sebab BISUL BESAR telah melekat di peha mama.Aduh!!Sakit nya..:-(

Okaylah..Sebelum mama mulakan topik mama pada malam ni,mama ingin sangat bertanya pada korang semua terutamanya kaum wanita di luar sana.Agak-agak korang semua,pada usia berapakah korang semua terfikir untuk berumahtangga?emmm..sebenarnya mama ada juga lah terbaca dalam post kawan-kawan mama di Facebook berkaitan dengan kahwin,berumahtangga dan sampaikan ada sesetengah mereka yang post dalam status mereka untuk berkahwin dalam usia yang sangat muda bagi mama..

Sebenarnya mama langsung tidak mempunyai apa-apa masalah untuk korang berkahwin awal sebenarnya sekiranya seru sudah sampai.Elok juga sekiranya korang semua berkahwin awal daripada duk couple loving-loving camtu.Daripada menambahkan dosa,baik korang semua menjalinkan hubungan yang halal.Tetapi bagi mama,sekiranya gadis tersebut terlalu awal untuk mendirikan rumahtangga,mama rasakan perkara tersebut merupakan satu kerugian pada gadis itu.Ini kerana bagi mama,adalah lebih bagi gadis tersebut mula mencari kehidupan di luar sana seperti mengenali alam pekerjaan,berdikari serta menjalani kehidupan seperti orang biasa terlebih dahulu..Bukan apa.Mama ingin sangat mengajak gadis-gadis muda di luar sana agar berdikari dan tidak terlalu berharap kepada bakal suami nanti..Sekiranya bakal suami tu sudah kaya macam Datuk K ke,Donald Trump ke,tidak mengapalah juga kan?nak goyang kaki sekadar menghabiskan duit pon bagus juga kan?hehehehe

Tapi tu lah pesanan mama kepada gadis-gadis di luar sana agar korang semua lebih bijak menghargai kehidupan SINGLE anda semua.Sebab selepas ini anda akan lebih terbatas dengan suami anda kerana syurga itu di bawah telapak kaki suami..Renung2 kan,sayang..Bye
gambar sekadar hiasan

Sssssshhhhhhhhhhhhh.......mama pon tidak akan menolak untuk berumahtangga sekiranya sudah sampai seru untuk ke alam perkahwinan..hehehe..bye!

1 comment:

  1. yaaaa....kelas you maria... btw.memang bagus kawin awal cuma ada kekangan daripada kewangan semua la..antara faktor penting untuk menjamin kesejahteraan hidup berumahtangga adalah.. bersabar dan kewangan yang mantap. itu la..

    ReplyDelete