Monday, 8 August 2011

True or fake friends?

Hai dan salam sejahtera semua..Apa khabar hari ni?korang semua puasa tak hari ni?Bagi yang sihat walafiat,janganlah mengada-ngada nak ponteng puasa.Rugi tau kalau korang semua ponteng puasa.sebab nanti kena ganti.Nak ganti pulak bukan senang.Tiap kali orang makan aje di bulan2 yang lain,korang lak berpuasa,lagilah besar dugaannya..

Okaylah..Mula2 mama nk bercakap mengenai pengalaman mama bekerja di sebuah syarikat GLC.Mama memang suka tempat bekerja di situ.dengan kawan2 yang sekepala dengan mama membuatkan mama rasa sangat selesa dan macam berada di rumah aje.tetapi seperti mana yang ibu mama katakan,di mana2 tempat kerja pun pasti akan ada masalah.Kalau bukan masalah kerja,msalah dengan rakan sekerja.Mama sendiri pernah mengalami masalah seperti ini dan mama akan mengambil iktibar serta pengajaran di masa hadapan.

Teringat tentang rakan-rakan sekerja,mama teringat ada kisah seorang rakan sepejabat mama ni.Nama dia Dahlia.Dahlia memang x pernah sukakan rakan sepejabatnya yang seorang ni.Nama dia Mawar.Jadi,sebagai kesimpulannya,Dahlia bencikan Mawar.Sebenarnya semua orang bencikan Mawar kerana perangainya yang entah apa-apa.Kadang-kadang perangai Mawar ni berlagak seperti bos padahal dia hanya seorang kerani biasa saja di tempat mama dulu.Oleh kerana itu ramai orang tidak sukakan Mawar.Si Dahlia ni pulak memang terpaksa mengadap muka Mawar saja setiap masa.Sebab diorang duduk sebelah menyebelah.Nak tak nak,memang Dahlia terpaksa mengadap muka Mawar yang memang cam singa jantan lapar daging kuda.Hahahaha...

Oleh kerana meja mereka sebelah antara satu sama lain,mereka terpaksa bertegur.Si Dahlia ni memang malas nak layan si Mawar ni tetapi Mawar selalu saja bercakap dan kadang2 lenguh nk melayan bercakap.Akhirnya Dahlia membuat keputusan terpaksa berpura2 mendengar setiap cerita yang keluar dari mulut Mawar.Sebagai pengajaran di dalam cerita ini,walaupun korang semua ada rakan yang boleh mendengar cerita korang,melayan karenah korang,korang jangalah berasa terlalu selesa sebab kadang2 maybe diorang hanyalah berpura2 kerana terpaksa.Oleh itu,pilihlah kawan yang benar2 memahami kita dan boleh bersenang dan bersusah dengan kita.Kawan untuk kita semua bergembira sangatlah ramai tetapi apabila kita semua menangis,boleh dibilang dengan jari sahaja.Kalau ada seorang kawan sahaja pon sudah memadai sekiranya dia sanggup menangis bersama kita...Sekian coretan mama...

Shhhhhh!!!!!Mama sendiri pernah menangis kerana sedih tetapi Alhamdulillah,semua kawan mama adalah kawan yang boleh kita menumpang sedih dan bergembira bersama-sama..Mama ucapkan terima kasih kepada semua kawan2 mama yang selama ini sentiasa bersama mama ketika mama gembira,sedih dan duka..Korang semua memang sentiasa berada di dalam hati mama....Muah!!

No comments:

Post a Comment