Monday, 26 September 2011

Nak cucuk lubang lain,lubang lain dicucuknya

Hai dan salam sejahtera semua..Kali ini mama akan lebih aktif nak2 bila masuk tengahari ni.Mama bukan apa.Mama x mau mengantuk dan mama memang terpaksa mengaktifkan diri ini..

Okaylah..entry mama pada kali ini sangatlah ringkas dan panas..Panas ke??hehehe..panas gak lah dikalangan sahabat handai segosip mama yang lain.Mama rasa korang dengar title blog mama kali ni pon mesti agak berbaur lucah tapi sebenarnya tajuk blog mama pada kali ini memang tiada langsung berkaitan dengan seks mahupun perkara2 yang lucah.Nauzubillah..Mintak simpang dengan mama perkara2 yang lucah dan berunsurkan maksiat ni.Hehehe..Topik ni hanyalah berkaitan dengan seorang kawan mama yang memang mama amat kenali diri beliau.

Biarlah mama kenalkan pada korang semua pada kawan mama ini yang bernama Rahim(Bukan nama sebenar)..Rahim ni sebenarnya seorang jejaka yang memang hensem,tegap orangnya.Muka tak adalah smart sangat tapi manis tu adalah kan?hehehe..Ditakdirkanlah Rahim ni telah jatuh cinta dengan seorang kawan perempuan mama juga yang bernama Jamilah(bukan nama sebenar).Jamilah ni ibaratnya seorang bidadari lah di kalangan kawan-kawan mama sebab Jamilah seorang yang baik malah beliau juga seorang gadis yang cute.Nak dijadikan ceritanya,Jamilah ni ada seorang kawan baik yang bernama Marsya.Nak kata baik sangat pun xde lah juga sebab Jamilah dengan Marsya ni baru beberapa tahun menjadi kawan yang rapat.Jadi,segala aktiviti dan rahsia hati Jamilah memang akan diluahkan pada Marsya.

Rahim yang hendak 'tackle' si Jamilah ni sentiasa meminta tolong si Marsya ni untuk masukkan 'jarum' si Rahim ni pada Jamilah.Dengan harapannya,si Marsya ni akan membantu Rahim dan Jamilah ni untuk bersatu.Tetapi apakan daya,si Marsya ni bukannya hendak sangat menolong 'jarum' si Rahim pada si Jamilah tetapi dia duk sibuk masukkan 'jarum' si Rahim ni kat diri dia sendiri.Sedih!!Memang sedih..Si Rahim yang masih lagi tidak tahu tentang perkara ini masih lagi meminta tolong dengan Marsya dengan harapan Jamilah akan menjadi miliknya sedangkan Marsya ni sibuk melelongkan diri dia pada Rahim..Kesian pada Rahim..

Ini merupakan cerita benar dan mama memang mengetahui tentang perkara ini sebab mama sendiri pernah terbaca pesanan ringkas(SMS) di dalam telefon bimbit si Marsya ni.Bukannya nak menolong sangat si Rahim tu dengan Jamilah tapi sibuk duk keneng2 kan diri dia.Buat Marsya(bukan nama sebenar),janganlah sibuk nak lelongkan diri awak tu.Cukup2 lah..Maybe si Rahim tu x sesuai dengan awak..Kalau awak x dapat bantu Rahim dengan Jamilah,baik awak terus terang saje pada si Rahim yang awak bukan nak bantu sangat si Rahim dengan Jamilah tu tapi awak just nak tolong diri awak juga..Daripada awak duk sakit hati mendengar setiap keluhan Rahim terhadap Jamilah,baik awak terus terang saje.Dengan kuasa Allah Taala,manalah tahu kalau terbuka hati Rahim tu pada diri awak pulak..Sekian..Bye!

SSShhhhhhhhhhh!!!!!!Bukan mama nak sangat baca mesej orang lain di dalam telefon bimbit tu tapi tiap kali mama nak tengok gallery di dalam handphone kawan2,mesti kena msuk ibox dulu baru boleh access galley.Maybe configuration dalam handphone kawan-kawan mama tu macam tu kot..Hahahahaha...Bye!!

2 comments:

  1. ye la mama!!!.. hp sekarang ni canggih sgt!!! kemain sungguh sekarang ni..nak masuk kt mana2 menu kena pergi dulu kat message!!! TERPAKSA KAN MAMA..

    btw.. seksa betul kat kat RAHIM tu... tapi mama kenalkan RAHIM tu kat saya... saya akan ajak dia pergi jumpa USTAZ!!hahaaha

    ReplyDelete
  2. hahaha...nak jumpa ustaz mana?nak bawak ke mana yea?jangan buat pape lepas nie..hahahaha

    ReplyDelete