Hai dan salam sejahtera semuanya.Apa khabar korang semua selepas seminggu beraya?Mama rasakan baru sahaja seminggu dalam bulan Syawal ni,tetapi bahang Aidilfitri sudah pun terasa dinginnya.Seolah-olah beraya hanya pada hari raya pertama dan kedua sahaja yang bermakna.Maybe sebab Aidilfitri kali ini mama lebih banyak mengadakan program bersama dengan family dan jarang meluangkan masa Aidilfitri bersmaa dengan kawan2,maka agak suramlah raya kali ni.Tetapi,hari raya kali ini mama tetap menyambutnya dengan meriah dan penuh bermakna.
Okaylah..Sebenarnya topik mama pada hari ini sangatlah ringkas tetapi bermakna terutamanya pada kaum wanita.Mama sebenarnya baru sahaja keluar lepak2 dan borak2 dengan kawan mama di sebuah cafe terkenal di Kuala Terengganu.Tiba-tiba kawan mama ni mengeluarkan topik berkaitan dengan sahabat mama.Biarlah mama kenalkan sahabat mama tu dengan nama Ani.*Bukan nama sebenar.Sebenarnya Ani ni seorag gadis yang kecil molek dan agak cantiklah.Dengan kulitnya yang gebu dan muka yang manis,sesiapa sahaja boleh tertarik dengan Ani ni.Dengan sikap peramahnya dan sikap mesra serta senyum yang x lekang di mulut,boleh dikatakan Ani mempunyai tarikan yang tersendiri yang mampu mebuatkan seorang jejaka jatuh hati padanya dengan pandang pertama.Begitulah kisah peribadi Ani.
Ani ni seorang kawan dan anak yang baik sebab mama sendiri pon baik dengan family Ani ni.Yang menjadi masalah pada Ani ni,Ani mempunyai ramai peminat lelaki.Boleh kata,hampir separuh kenalan Ani ni sentiasa mengambil peluang untuk mencuri hati Ani.Jenis Ani,dia seorang yang suka melayan semua mesej2 kawan2 lelakinya.Sampaikan ada yang sudah perasan yang Ani sudah menerima cintanya.Itu lah Ani.Suka melayan "text" kawan2 lalu menimbulkan salah faham di kalangan peminat2 Ani.Apa yang mama tak suka dengan perangai Ani ni ialah Ani suka sangat melayan mesej2 kawan lelakinya.Sampaikan handphone Ani ni tak pernah lekang di tangan Ani.Sampaikan di dalam kelas pon Ani masih lagi bermain mesej.Apa yang mama tidak berkenan dengan sifat Ani ialah dia melayan kawan2 lelakinya sehinggakan mereka boleh terslah faham dan seterusnya melukakan hati mereka.
Apa yang mama nk sampaikan di sini,sifat ramah Ani memanglah boleh ditiru dan boleh diaplikasikan oleh semua orang tetapi sehingga menyebabkan salah faham di antra mereka menyebabkan tak sedap mata memandng.Seolah2 Ani ni seorang playgirl,bersifat yang suka mempermainkan lelaki.Memang tak salah untuk Ani berkawan dengan semua lelaki.Memang agak bagus sebab Ani boleh memilih mana-mana lelaki yang dia kenali untuk dijadikan teman hidup Ani nanti.Tapi janganlah sampai menyebabkan orang salah faham seterusnya melukakan hati mereka.Pesanan mama pada perempuan di luar sna,maruah perempuan ni sebenarnya sangatlah tinggi dan mulia.Padanlah dengan Nabi berkata,wanita ni hiasan dunia sebab wanita ni cantik,bermaruah tinggi dan sukar dicapai oleh mana2 orang kecuali orang2 yang berhak.Kalau boleh,janganlah melayan semua lelaki.Sekiranya Ani ada minat pada lelaki itu,luahkan hati pada lelaki tersebut sekiranya lelaki itu sudah banyak kali beri hint pada Ani..Sekian...Bye
SsShhhhhhhhhh!!!!!!Kawan perempuan mama pernah menjadi mangsa fitnah oleh lelaki yang pernah ditolaknya sehingga sampai sekarang kawan mama tu merana...Renung2 kanlah,,,,Bye
No comments:
Post a Comment