Hai dan salam sejahtera semuanya..Mama harap korang semua jangan lah makan banyak sangat ketika berbuka puasa sebab nanti berat perut plak nak solat terawikh.Hehehe..
Okaylah..arini maybe entry mama yang terpendek yang pernah mama post.Kali ni berkaitan dengan seorang kawan mama.Kawan mama ni sebenarnya baik hati dan beliau juga seorang yang alim.Kiranya alimlah berbanding ngan mama yang jahil ni.Gitewww..Hehehe..Bila nak cerita pasal dia,mama jadi hairan dengan kawan mama ni.Beliau ni jarang sangat berada di rumah kecuali untuk dua perkara; untuk balik tidur dan mandi (kira sekalilah tu yea) dan untuk balik mintak duit dengan mak ayah beliau mamandangkan beliau masih belum bekerja.Bukan mama seorang saja yang hairan kat kawan mama ni tapi kawan-kawan mama yang lain pun turut berasa hairan dengan beliau.
Kepelikan pada kawan mama ni makin terserlah nak-nak bila di bulan puasa ni.Di bulan puasa ni,kebanyakan orang cepat-cepat nak balik berbuka di rumah.tapi kawan mama ni,dia bukan saja tak mau balik ke rumah untuk berbuka puasa dengan orang tuanya,malah ajak kawan-kawan lain plak berbuka di luar.Mama pun rasa kesian pada mak ayah beliau memandangkan di rumahnya hanya ada mak dan ayah sahaja memandangkan adik beradiknya yang lain duduk jauh dan ada yang sudah berumahtangga.Mama sangat2 hairan dengan beliau.Adakah beliau ini tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada mak ayah beliau?atau memang prangai beliau yang tidak suka balik ke rumah?bak orang Terengganu kata,bulu kaki jatuh kat tengah jalan.Sebab tu suka berjalan dan tak suka duduk rumah.
Emmm..nasihat mama pada beliau,pulanglah ke rumah.Berbuka puasalah bersama-sama dengan ibu bapa kita.Mungkin Ramadhan ini merupakan Ramadhan yang terakhir bagi mereka untuk berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak mereka.Jagalah ibu bapa kita seperti mereka melayan kita dahulu pada waktu kecil.Mak ayah kita dahulu pun biarpun ada kerja di luar,mereka tidak pernah meninggalkan kita walaupun untuk seketika.Mampukah kita melihat dua pasang mata yang tua itu berbuka kesunyian tanpa anak-anak mereka di rumah?biarlah hanya kita seorang sahaja yang berada di rumah sebagai seorang anak mereka,berjasalah pada mereka sementara mereka masih hidup...Sekian..Bye!
SShhhhhhhhhh!!!!Mama sayangkan mak ayah mama.Mama sentiasa meletakkan mereka berdua di atas senarai yang paling atas.bak kata Allahyarham Yasmin Ahmad,3 perkara yang akan membawa kejayaan dalam hidup anda;
1)Berdoa pada Allah
2)Berusaha
3)Hormati ibu bapa dan sayangi mereka...
Tidak hairanlah mengapa Yasmin Ahmad sentiasa berjaya di dalam hidupnya..Sentiasa ada jalan keluar bagi Allahyarham ketika beliau mengalami kesempitan kerana kerberkatan doa ibu dan bapa beliau,Mak Inom dan Haji Ahmad..
No comments:
Post a Comment