Thursday, 11 August 2011

Jangan ikat kemas2...Longgarkan sikit..Baru lega..

Hai dan salam sejahtera semuanya..Mama harap semua akan sihat walafiat.Nak-nak di bulan puasa ni,jangan lah korang semua membazir kan duit dan makanan tu.Belilah sekadar yang perlu.maklumlah,bila lapar,macam2 benda nak makan.tengok murtabak,nk beli murtabak.tengok orang jual ayam panggang,nak makan ayam panggang.last sekali,setiap juadah yang dijual dekat bazaar Ramadhan tu korang beli.Dah lah membazir duit,makanan tu plak korang buang.Adoi,ruginya..Membazir amalan syaitan..

Okaylah,hari ni mama nak bercakap serba sedikit berkaitan dengan cinta dan relationship ni.Bagi korang yang sedang mencari cinta,carilah cinta yang betul2 dapat mengisi jiwa kosong korang dan biarlah serasi.Jangan  kerana korang tengok kawan-kawan korang sedang seronok bercinta,korang pon sibuk nak bercinta.Kalau boleh biarlah ketika bercinta tu,KOMITMEN yang penting.Komitmen tu meliputi skop yang luas.Mama nak terangkan kat sini pon tkot nanti melencong dari tajuk yang asal.Korang tepuklah dada,tanyalah selera.When the time comes and relationships have knocked your heart to open,open it.Open your eyes wider..Hehehe..tu lah nasihat mama pada korang yang masih single dan yang sedang mencari..

Back to the topic,mama sebenarnya nak menasihati korang2 semua yang sedang IN THE RELATIONSHIPS supaya perlu ada sikap Give and Take,toleransi dan understanding.Mama pon dulu pernah kongkong buah hati mama tu tetapi selepas berfikir balik,seolah2 tidak aci sekiranya mama terlalu mengongkong buah hati mama tu.Yea lah,nak keluar bersosial dengan kawan2 lelaki dia pon mama marah.memanglah kita sebagai perempuan takot sekiranya kita terlalu lelaki ni bebas,mulalah menggatal nak pasang dua.bagi lelaki yang gatal nak pasang dua tu,korang tinggal je lah diorang.diorang tak layak pon untuk mana2 perempuan.lelaki macam tu seolah2 tidak bersyukur dengan apa yang dia ada.bagi golongan lelaki yang macam tu,kalau korang nk kongkong ke,nak ikat tali kat leher ke,korang buatlah.memang patot pon kalau kita sebagai perempuan tidak mahu dicurangi,ditipu dan dimadu.memang padan muka diorang kalau korang selalu nak ikot ke mana diorang pergi,diorang nak buat apa.jenis orang mcam ni boleh lah dikongkong tanpa belas kasihan.

Tetapi yang mama kasihankan ialah pada kawan mama ni sorang.emm..ni didedikasi kan kepada kawan mama dan pasangan dia tu.Kawan mama ni dah lama membujang setelah dikecewakan.tetapi selepas beberapa tahun,pintu hati dia diketuk oleh seseorang ni.Maka dengan itu,mereka berdua bercintalah.Yang menjadi hairan,kawan mama ni memang mama kenal sangat.Dia sangat setia dan jujur dengan pasangan dia tu.kalau dikira kesetiaannya,memang dia adalah lelaki yang paling paling setia dengan kekasihnya.Yang mama jadi sakit hati bila pasangan kawan mama ni terlalu mengongkong kawan mama ni.Nak pergi makan dengan siapa kena report,nak tidur pon kena report,nak mandi,berak semua kena report.Celik mata aje start mesej.Nak bawak kereta pon start mesej.Ibarat kata kalau kawan mama ni stop mesej,pasangan dia akan melenting.Kadang2 kawan mama ni letih seharian bekerja,dia pon mudahlah tertidur kan.tu pun kena marah juga.emmm..Mama tidak tahu apa perasaan dia tapi di mata mama,mama jadi rimas juga kadang2..

Pesanan mama kepada pasangan kawan mama ni dan juga kepada korang semua termasuklah diri mama sendiri,kita boleh aje kongkong kekasih kita.Kita boleh aje nk tanya ke mana pergi tadi,keluar dengan siapa,nak lepak dengan siapa tapi kalau tertidur pon nak melenting,terlambat balas mesej pon melenting,tu sebenarnya sudah melampau.kita berkasih biarlah jangan sampai kekasih kita menjadi rimas.memang kita akan rasa selamat sebab kita yang genggam tetapi orang yang digenggam tu cmne perasaan dia?Ibaratkanlah seperti seutas tali yang mengikat sebiji botol,ditariknya kemas sampai habis,pecahlah botol tu..Kalau korang nak berhibur sambil mendengar lagu berkaitan rimas sebab dikongkong,dengarlah lagu "LEMAS" daripada Ruffedge..Apa-apa pun,korang fikirlah untuk kebaikan korang sendiri yea..Bye!!

Shhhhhh.............Mama dulu pon pernah "ikat" si dia dengan kuat tapi lama-lama mama jadi takot sebab tkot dia rimas.Dan memang ternyata dia rimas.bagilah sedikit ruang untuk lelaki ni bernafas..*ditujukan kepada perempuan2 yang kuat jeles..

1 comment: