Hai dan salam sejahtera..Hari ni mama sangat letih sebab banyak urusan perlu diselesaikan di Kuala Terengganu ni sebelum balik ke Kuala Lumpur esok.Urusan kedai fotostat untuk persatuan mama,urusan kerja di Universiti dan urusan untuk praktikal kat BERNAMA tu..Alhamdulillah..Semua sudah selesai.Inilah hikmah ketika membuat urusan di bulan Ramadhan.Sekiranya niat kita ikhlas,semua urusan akan diberkati oleh Allah Taala dan Dia akan mudahkan segala urusan kita.Hehehe..
Sedang mama buat urusan kat Universiti tadi,mama sempat juga berbual dengan 3,4 orang pelajar perempuan ni.Mereka kata mereka berminat sangat dengan Seluar Dalam Merah mama ni tapi kadang-kadang mereka tak dapat access nak baca blog ni.Maybe sebab mama kategorikan blog mama ni sebagao 18SX dan Universiti akan block segala blog atau laman web yang berkaitan dengan perkara-pekara 18SX ni.Hehehe..Biarlah mereka nak block pape pun sebab Facebook pon dia block,apatah lagi kalau blog mama ni yang penuh dengan kontroversi.Hehehe..
Sedang kami berbual-bual adalah seorang budak perempuan ni komplen yang ada kawan diorang ni,nama dia H.Kata diorang,H tak suka pada diorang sebab mereka suka cakap cam benda-benda yang berkaitan dengan seks.Mama pun terkejut sebab diorang,perempuan pun bercakap pasal seks.Mama bukan apa,takut diorang bercakap sal seks di hadapan khalayak ramai,depan lelaki..Ini mungkin akan menjatuhkan maruah mereka sebagai perempuan.nasib baik diorang bagitahu mama yang diorang hanya bercakap perkara2 ni just di dalam bilik je.It's just a girl's talk.Fuh!!Lega bila mama dengar diorang cakap camtu..
Berbalik pada kawan diorang yang bernama H tu,H selalu kata mereka semua otak kuning sebab mereka bercakap pasal seks sedangkan seks itu perkara kotor.H seringkali kata mengatakan bahawa seks itu kotor.Mama menarik nafas panjang dan berfikir,kalau seks itu kotor,itu bermakna diri H itu juga adalah kotor sbb H tercipta oleh ibubapa H bermula daripada hubungan intimasi(istilah lembut bagi perkataan seks) mereka yang halal.Oleh sebab itu,mama nak katakan bahawa seks itu tidak kotor malah seks itu mampu membuatkan seseorang itu bahagia.Yang menjadi masalahnya sekarang ialah mentaliti kebanyakan orang Melayu yang mengatakan bahawa seks itu kotor.Bagi mama,hubungan seks(hubungan yang halal yakni orang yang sudah berkahwin) merupakan sesuatu yang suci,bersih dan mampu membuat pasangan tersebut bahagia,menikmati hubungan seks tersebut.
Oleh sebab itu mama ingin katakan sekali lagi bahawa seks itu tidak kotor dan seks itu penting dalam menjaga hubungan baik dalam sistem keluarga.Seks sebenarnya PUBLIC RELATION OFFICER yang bagus di dalam hubungan keluarga.Seks itu merupakan seorang CONSULTANT yang baik.Oleh sebab itu,mama sangat menyeru pada H dan rakan2 H supaya tidak memikirkan bahawa seks adalah perkara yang kotor.InsyaAllah pada entry yang akan datang,mama akan nyatakan di sini beberapa kebaikan kepada perempuan tentang pengetahuan berkaitan dengan seks dan peranan seks dalam kehidupan manusia.InsyaAllah...
Okaylah..sebelum mama akhiri entry ini,mama ingin mengucapkan selamat berbuka puasa kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana jua anda berada.Semoga Allah akan memberkati kehidupan anda sepanjang Ramadhan ini..Sekian..LOVE,LUST,LIFESTYLE..Ingat pada 3L,ingat pada mama..Bye..
Shhhh...!!!Mama dulu pun pernah kata seks itu kotor tapi segala-galanya telah berubah bila mama mula membuka minda untuk menerima semua perkara berkaitan seks.Barulah orang kata tak kena culture-shock di malam pertama.Hahahahaha...
No comments:
Post a Comment