Hai dan salam sejahtera semuanya.Apa khabar korang semua?mama harap korang semakin ceria di hari 22 Ramadhan ini dan semakin sihat hendaknya.Mesti korang kelihatan ceria dan gembira.Apa tidaknya sebab lebih kurang 7 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada minggu hadapan(@_^)
Okaylah..Tujuan asal mama menulis entry pada hari ni ialah berkaitan dengan seorang pelajar perempuan ni.Teringat pada "Syok Sendiri" tadi,mengingatkan mama pada si perempuan ni.Mama panggil dia dengan N.Mama mula mengenali pelajar tersebut setelah N ni add mama dalam senarai kawan dia dalam Facebook.Mama memang tidak pernah langsung mengenali N ni sehinggalah dia add mama.Memandangkan dia juga dari Fakulti yang sama dengan mama,mama "approve"kan dia dalam laman web sosial tersebut.
Bila dah ter"approve",setiap kali mama buka FB,penuh di Home Wall dengan post-post si N ni.Semuanya berkaitan dengan cinta.Tak berkaitan dengan cinta pon,mesti nak post pasal N ni nak bercinta lah,nak pakwelah..Ya Allah,desperate nya si N ni untuk bercinta.Sampai terpaksa post dalam wall dia ,"Aku nak pak we!!"..Korang sendiri akan rasa betapa desperate nya dia tu.Betapa terdesaknya si N ni untuk bercinta.Masa mama baca tentang post tu,berasap hati mama.Kalau lah si N tu ada di depan mama,nak je lempang muka dia yang tembam tu.Geram sangat2..Pesanan mama,kita ni semua perempuan yea..Maruah kita sangat tinggi.Janganlah rendahkan sangat martabat korang sebagai wanita.Janganlah sampai terlalu desperate sangat sampai nak post dalam FB nak pak we lah,nak bercinta lah..Kalau tak ada jodoh,nak buat macam mana.Apa yang korang perlu lakukan ialah banyakkan melakukan solat sunat Istikharah.Banyak-banyakkan melakukan solat sunat tersebut.Ni kan tidak.Main FB sampai berjam-jam,tulis dalam wall nak bercintalah,apa lah sampai 5 post dalam 1 jam.Bila tak dapat online,jadi sedih..Ya Allah,karutnya si N ni.Daripada membuang masa komplen tak ada pakwe dan men"annoying"kan kawan-kawan FB dengan post dia tu,baiklah cari hobi yang lain..Janganlah buat malu dengan statement2 yang terlalu "murah" untuk dibaca
Pesanan mama,kita sebagai wanita mestilah menjaga keaiban kita.Janganlah pamerkan yang maruah wanita ini terlalu murah dan rendah.Tak salah sekiranya hati meronta-ronta untuk bercinta tapi janganlah sampai terlalu terdesak dengan membuat pengumuman tersebut.Sekiranya korang ada meminati seseorang lelaki,cubalah dekati dia dengan cara yang baik.Tidak perlu membuat pengumuman yang boleh kadang2 menyakitkan hati perempuan yang lain.Kadang2 kita post sesuatu untuk suka2 tetapi bagaimana pula dengan perasaan wanita yang lain yang membaca post anda...Sekian...
SShhhhhhhhhhhhhh!!!!Kawan mama pernah juga couple dengan seorang perempuan yang desperate ni.Maklumlah si perempuan ni first time bercinta dan dapat plak kawan mama yang hensem.Sampai nak jadi gila kwn mama nak melayan perempuan yang desperate ni sebab perangai dia terlalu gila..Bukan gila-gila tapi gila..Hahahahaha...Bye
thankz mama. nasihat yang berguna sekali... cun la...
ReplyDeleteuh-oh~~who's dat!?
ReplyDeletei pown desperate gak kew?? hahahhahaha
ReplyDeletehehe..xde lah..korang smua xde lah sedesperate tu..mama sayang anak2 mama semua sbb anak2 mama professional...:-)
ReplyDelete