Hai dan salam sejahtera semua..Apa khabar?Mama mintak maaf semalam mama memang tak sempat untuk update entry mama semalam.Maybe sebab letih naik bas pulang ke ibu kota atau memang tak sempat nak buka laptop semalam sebab mama kena menemani kawan mama menghantar awek dia balik ke Kuching,Sarawak dekat LCCT..
Mama tiba di ibu kota semalam pada jam 5.30 petang dan kawan mama sudah pun berada di situ untuk mengambil mama.Sebab nak hantar awek dia plak ke LCCT.oleh sebab jalan pun sesak(faham2 je lah kan bila bulan puasa ni kan),kami tiba di LCCT hampir jam 7 malam.Hook or by crook,mama terpaksa berbuka di Old Town White Coffee.Sedang mama menikmati hidangan berbuka puasa ni,mama terserempak dengan seorang mamat ni.Dengan janggutnya yang nipis dan kemas,kumis yang agak menarik mampu menarik perhatian mama untuk sentiasa melihat dan merenung ke arahnya..Maybe sebab dia perasan yang mata mama sentiasa melirik ke arahnya,tiba2 dia tersenyum pada mama dan mengangkat keningnya pada mama.Malu mama pada ketika tu.Memang malu lah sebab skodeng mama kat dia dah kantoi..
Bagi mama,wajah lelaki ini tidaklah se"handsome" mana tapi mama suka tengok pada penampilan diri dia yang kemas.Maybe kerana pakaian dia yang berjenama,maybe pada gayanya atau maybe pada janggutnya yang rapi.Tetapi setelah dia mengukir senyuman dia pada mama,mama dapati mulut dia sangat luas.Senyuman nya memang lebar ke pipi..Mulutnya macam Julia Roberts tapi versi lelaki.Dan mama rasa mulut lelaki yang luas ni sangat seksi.
Teringat pada lelaki yang bermulut luas dan seksi,mama teringat pada kawan mama yang seorang ni.Nama dia Abdul bari Abdul Aziz.Mulut dia memang sangat luas.Bila dia senyum,Ya Allah,kalah mulut joker.Bila difikirkan balik,patutlah kawan mama ni,nama dia Siti NorAkmal minat sangat pada Abdul bari ni.Rupanya sebab keseksian pada Abdul Bari ni terletak pada senyumannya.Hahahaha...Abstraknya seksi ni kan?
(senyuman Abdul Bari macam Shahir juga.Luas mulut dia..patutlah suara Shahir sedap.Tapi suara Abdul bari x best.Cam kaset rosak)
Okaylah..Mama terpaksa matikan entry mama sekadar di sini sahaja.Sebab lapar,idea pun kering kan?hehehe..apa-apa pun,korang teruskan lah minat pada buah hati korang sendiri.korang kena tengok dan discover di mana letaknya keseksian buah hati korang..Baru lah tak puas dengan pasangan masing2 kan?hehehehe...Selamat berbuka puasa..Bye!!
Shhhhhh!!!!Mama pun selalu mencari dan discover di mana letaknya keseksian buah hati mama.Dalam banyak2 anggota badan dia,hanya 1 mama berkenan.hahahahahaha....Sampai sekarang x puas tengok..Bye...!!!
hamboih....seantero dunia tahu Siti NorAkmal tu adeehh....
ReplyDeleteharus kita bgitau yea..famouslah nnti..hahahaha
ReplyDelete