Sunday, 28 August 2011

Girlfriend yang sunyi cenderung untuk curang..

Hai dan salam sejahtera semua.Apa khabar anak2 mama di luar sana yea?mama harap korang semua sentiasa ceria dan cergas.Yea lah,apakan tidaknya sebab esok merupakan hari terakhir kita berpuasa.Selepas itu kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri,hari kemenangan bagi umat Islam setelah berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.Bagi korang yang tidak berpuasa penuh,tak bolehlah beriya sangat menyambut raya sebab bukan korang penuh pon puasa tu.Hehehe..Gurau jek.Jangan marah yea..Semua boleh sambut raya yea...Kita semua kenalah bergembira menyambut Aidlfitri kali ni.Bagi yang nak balik kampung,mama mengucapkan selamat balik kampung dan SILALAH BERHATI-HATI di jalan raya..

Okaylah..Entry mama kali ni berkaitan dengan curang.Apabila kita sebut perkataan curang,mesti kita terbayangkan pasangan kita mempunyai lelaki atau perempuan yang lain.Tetapi,di dalam minda kita sudah pastinya membayangkan seorang lelaki (terutamanya boyfriend kitalah) mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain.Si boyfriend ni dah ada hubungan dengan kita tapi masih lagi menggatal,miang nak mamp*s main dengan perempuan lain.Dengan kita pun dia panggil ayang,dengan bet*na lain pun dia panggil SAYANG.Kepala h*tak betol kan??aish!Geram mama bila fikirkan tentang lelaki yang curang ni.Bukan apa,teringat kisah-kisah lama.tu sebab mama gunakan bahasa yang kurang elok dalam entry ni.Maafkan mama..

Kalau diikutkan peratusan kira-kira,sebenarnya memang lelaki lebih banyak melakukan aktiviti KECURANGAN terhadap pasangannya.Tetapi harus diingatkan bahawa perempuan juga tidak terlepas daripada kesalahan mandatori ini.Kalau diikutkan peratus,peratus lelaki yang curang ialah 78% manakalah selebihnya iaitu 22% ialah perempuan.jadi,setelah meneliti peratusan tersebut,perempuan juga tidak akan lari daripada melakukan kesilapan tersebut.Mama meneliti kebanyakan perempuan yang curang adalah disebabkan KESUNYIAN atau tidak dihiraukan oleh so boyfriend.Boyfriend terlalu sibuk dengan rakan-rakan lelaki,terlalu sibuk dengan sukan atau si boyfriend ini tidak terlalu memberi komitmen yang tinggi pada si girlfriend yang menyebabkan si girlfriend ini cenderung untuk mencari lelaki lain yang lebih memberi perhatian kepadanya.Tetapi harus diingatkan juga kadang-kadang si perempuan juga cenderung curang pada teman lelakinya kerana masih dihantui atau dibayangi oleh bekas pakwe dia,Maybe sebelum ni pakwe dia lebih baik,lebih style,lebih kacak,lebih romantik dan semua karakter tu dibandingkan dengan si current boyfriend.Semua faktor di atas merupakan reason mengapa si perempuan lebih cenderung untuk curang.

Oleh sebab itu,saranan mama pada perempuan yang TENGAH HANGAT BERCINTA,janganlah curang dengan pasangan korang semua sebab setiap hubungan percintaan mempunyai masalah yang tersendiri dan segalan-galanya bergantung kepada kita untuk memulakan sesuatu yang baharu di dalam hubungan cinta kita.Bawak berbincang dan berkomunikasi adalah cara yang terbaik untuk atasi semua masalah.Try to save the relationship first.If breaking up still cannot be avoided,maybe tu adalah bukan jodoh korang.Sesungguhnya korang l;ebih berhak mendapat yang lebih baik..Sekian...

Sssshhhhhhhhhhh!!!!!!!!Mama sendiri pun pernah banyak kali hendak berpisah tetapi KOMUNIKASI dan TOLAK ANSUR serta UNDERSTANDING perlu ada dalam hubungan cinta.Baru lah hubungan akan kekal sampai bila-bila.InsyaAllah...Sekian,bye!

Monday, 22 August 2011

Awak perempuan..Janganlah buat murah macam tu.Malu perempuan lain

Hai dan salam sejahtera semuanya.Apa khabar korang semua?mama harap korang semakin ceria di hari 22 Ramadhan ini dan semakin sihat hendaknya.Mesti korang kelihatan ceria dan gembira.Apa tidaknya sebab lebih kurang 7 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada minggu hadapan(@_^)

Okaylah..Tujuan asal mama menulis entry pada hari ni ialah berkaitan dengan seorang pelajar perempuan ni.Teringat pada "Syok Sendiri" tadi,mengingatkan mama pada si perempuan ni.Mama panggil dia dengan N.Mama mula mengenali pelajar tersebut setelah N ni add mama dalam senarai kawan dia dalam Facebook.Mama memang tidak pernah langsung mengenali N ni sehinggalah dia add mama.Memandangkan dia juga dari Fakulti yang sama dengan mama,mama "approve"kan dia dalam laman web sosial tersebut.

Bila dah ter"approve",setiap kali mama buka FB,penuh di Home Wall dengan post-post si N ni.Semuanya berkaitan dengan cinta.Tak berkaitan dengan cinta pon,mesti nak post pasal N ni nak bercinta lah,nak pakwelah..Ya Allah,desperate nya si N ni untuk bercinta.Sampai terpaksa post dalam wall dia ,"Aku nak pak we!!"..Korang sendiri akan rasa betapa desperate nya dia tu.Betapa terdesaknya si N ni untuk bercinta.Masa mama baca tentang post tu,berasap hati mama.Kalau lah si N tu ada di depan mama,nak je lempang muka dia yang tembam tu.Geram sangat2..Pesanan mama,kita ni semua perempuan yea..Maruah kita sangat tinggi.Janganlah rendahkan sangat martabat korang sebagai wanita.Janganlah sampai terlalu desperate sangat sampai nak post dalam FB nak pak we lah,nak bercinta lah..Kalau tak ada jodoh,nak buat macam mana.Apa yang korang perlu lakukan ialah banyakkan melakukan solat sunat Istikharah.Banyak-banyakkan melakukan solat sunat tersebut.Ni kan tidak.Main FB sampai berjam-jam,tulis dalam wall nak bercintalah,apa lah sampai 5 post dalam 1 jam.Bila tak dapat online,jadi sedih..Ya Allah,karutnya si N ni.Daripada membuang masa komplen tak ada pakwe dan men"annoying"kan kawan-kawan FB dengan post dia tu,baiklah cari hobi yang lain..Janganlah buat malu dengan statement2 yang terlalu "murah" untuk dibaca

Pesanan mama,kita sebagai wanita mestilah menjaga keaiban kita.Janganlah pamerkan yang maruah wanita ini terlalu murah dan rendah.Tak salah sekiranya hati meronta-ronta untuk bercinta tapi janganlah sampai terlalu terdesak dengan membuat pengumuman tersebut.Sekiranya korang ada meminati seseorang lelaki,cubalah dekati dia dengan cara yang baik.Tidak perlu membuat pengumuman yang boleh kadang2 menyakitkan hati perempuan yang lain.Kadang2 kita post sesuatu untuk suka2 tetapi bagaimana pula dengan perasaan wanita yang lain yang membaca post anda...Sekian...

SShhhhhhhhhhhhhh!!!!Kawan mama pernah juga couple dengan seorang perempuan yang desperate ni.Maklumlah si perempuan ni first time bercinta dan dapat plak kawan mama yang hensem.Sampai nak jadi gila kwn mama nak melayan perempuan yang desperate ni sebab perangai dia terlalu gila..Bukan gila-gila tapi gila..Hahahahaha...Bye

Wednesday, 17 August 2011

Mulianya seorang ibu..

Hai dan salam sejahtera semuanya..Mama harapkan korang semua gembira dan ceria sahaja di hari ke 17 Ramadhan Al-Mubarak ni.Okay?hehe..baiklah,mama sekarang sedang menemani ibunda mama yang sedang shopping sayur,ikan dan lain-lain bahan mentah untuk masakan bagi juadah berbuka puasa.Ikan goreng,sambal belacan,budu,ulam-ulaman,ikan singgam dan kacang panjang goreng masak kicap.Lauk yang sangat ringkas dan best..

Sedang mama menantikan bonda shopping barang-barang dapur,mama terfikir bagaimana seorang wanita yang bertubuh kecil seperti bonda mama ni boleh menjaga 5 orang anak,seorang suami dan pada masa yang sama bekerja pada siang hari?inikah dipanggil supermak?boleh memainkan peranan kadang2 lebih daripada seorang wanita.Wanita inilah yang boleh dijadikan kawan baik,teman bercakap,teman bergaduh (sebab bonda mama ni memang suka cari gaduh dengan anak-anak dia sebagai mengisi masa lapang) dan sebagai teman hidup kepada ayahanda mama.Aduh,besarnya peranan mu,ibu sebagai seorang wanita.

Keluar bekerja seawal jam 7 pagi dan pulang pada waktu petang.Kemudian balik untuk memasak untuk santapan keluarga.Mama masih ingat ketika semua masih bersekolah,bonda terpaksa bangun seawal jam 4 pagi untuk memasak pada kami supaya kami tidak kelaparan pada tengahari bila pulang dari sekolah memandangkan bonda kerja pada siang hari..

Itulah bonda mama yang mama cintai dan kasihi.Bila teringat pada kisah2 lama yang boleh meragut nyawa mama kerana kesalahan mama,mesti berair mata ni.Alhamdulillah,bonda mama masih lagi boleh memandu kereta dan kakinya yang kecil yang bersaiz 4 ini masih mampu berjalan tanpa apa-apa bantuan..Mulianya seorang ibu.Ibu anda bagaimana?seteruk mana ibu kita pon,sayangilah ibu kita sebab ibu ini tiada gantinya...Sekian...Bye!!

SSShhhhhhhhhhh!!!!Kadang-kadang mama suka melihat muka mama di dalam cermin sebab it reflects my mom's face...Bye

Please don't call my friend a gay because he is metrosexual

Hi and a very good evening..This entry would be the last entry for today and suddenly I was just thinking of a friend of mine who has always been accused as gay.It is because my friend's style is more updated,the way he wears his clothes,the way he talks,the way he washes his face and so on.People might misunderstand that he must be a gay while for me he is a metrosexual.Therefore,for those people who are still confused the differences between METROSEXUAL and GAY,please read the article.I hope now you can differentiate between gay and metrosexual people...

Metrosexual Vs Homosexual 
How far can metrosexuality go without mistakenly crossing the path of homosexuality?Trying to pin down the exact point of departure between a fashion savvy metrosexual and his man-loving homosexual counterpart can be like splitting hairs. It is like questioning which one is more brutal, Alien or Predator?Or who is more psycho, Freddy or Jason?Metrosexual is the popular word used to describe the modern man with a high disposable income who pays great attention to his appearance. They’re no longer only found between the covers of fashion magazines, on television or in gay bars, metrosexual men are everywhere now—and they’re always so busy grooming.

Out of the way, women! If you think you have achieved equality with men in professional or social spheres, you’re forgetting something. Men today are rapidly catching up in the vanity race and might soon be as pretty as you are! Forget that wet and sticky pomade from the past, today men’s lifestyle nourishment centres around malls, clubs, spas, gyms, beauty clinics and hairdressers.

Some women find that the metrosexual man is more tender hearted than his ‘ordinary’ counterpart. I am not surprised though, whose heart wouldn’t go to putty after constant pampering with lulur, or a traditional lightening body scrub, a wax here and there; oh, and don’t forget the cucumber patches to help maintain the shine of the window to his soul. Surely they’ll understand women’s feelings and how to treat them better after being treated like one. But how far can this metrosexuality go without mistakenly crossing to the other side...homosexuality?

With careful observation and a bit of extra common sense, you can spot the difference between these two types of vain men.Ladies, you may want to take some notes if you think your boyfriends’ or husbands’ metrosexual-o-meter might have gone just a bit too far. Let’s explore how to tell when his dedicated urbaneness has taken a turn down bent street.

Is he really just a metrosexual? Or is he a bit metrosexual and a bit homosexual? Bare in mind, not all facts stated below are 100% guaranteed, but it helps to know if your guy prefers James Bond or Elton John.
If he’s often overly fussy, like a cockatoo, about aesthetics and behaviours (such as neatness, decoration or public services) or he gets hysterically happy receiving gifts related to body treatment products (such as body lotion, exclusive shaving cream and after shave, perfume, etc), there’s an 88% chance he’s homosexual.
Pay attention to the way he arrange his tops. Size wise, if it’s semi-fitted, that’s acceptably metrosexual, but if it’s so tight you can see the curves of his gym-toned body, he’s most likely pitching his tent for the gay camp.
Also watch if he pops the collar of his polo shirt, or ‘tries’ to look preppy by wrapping a sweater around his neck just for the heck of having a ‘focal point’, then he’s 99.5% gay. Flat front trousers serve both categories, they are the most commonly seen, but it’s just indicating a modern silhouette and should be considered standard for this matter.

Watch out for his selection of accessories. A metrosexual man will choose fashionable items that are rather functional and most importantly practical. If you see him carrying the ‘it’ tote bag (no matter if it’s made from canvas or crocodile leather), wearing shoes that are too pointy or too shiny, has reshaped eyebrows and flaunts coloured contact lens, I’m sorry ladies, you can say “buh-bye gay!” to him now.Too much perfume can increase gayness 45%, but if you see any evidence of whitening cream or concealer in his toiletries, beware of the 80% possibility he prefers the company of gentlemen.

A ‘Dragon Ball’ hairstyle indicates over the top funkiness, which is simply a style gone passe, but when it comes with bits of fringe and Liza Minelli sideburns, and especially if it has been highlighted here and there, then you’re looking at 92% chance he’s not just ‘with it’.

Shaved armpits sometime present cleanliness, but don’t you think it’s a bit girlie for guys? Don’t worry too much if he’s bulky on the top but has a pair of tooth picks for legs. It’s quite common for the metrosexual gym bunny to concentrate too much on the upper-body and forget to exercise the legs.

Elements of pop culture can be expressed through a dashing of girlie colours on his shirt, tie or underwear and the appearance of dear cartoon character on his belongings can raise the queer factor 60%.Last but not least, observe his so-called art collection, be it sculpture, painting or photography. If you find pieces inspired by the male body, then I rest my case right now.It’s the world’s modernisation trend that demands men make themselves their own object of desire and pride. But its their lifestyle orientation that causes us confusion in recognising which of them is straight, bisexual, or gay.

No matter if you have a low opinion of metrosexuals, who can hate them when everyone can enjoy the benefits? There’s less problems with men’s style, they smell good and neatness is not such an issue anymore. Not to mention the esthetics that delight our eyes. These are ‘bonus’ elements from just being plain macho.
Instead of sticking to the stereotypical old fashion man that can be dominating sometimes, perhaps you want to opt for metrosexual man who will probably just dominate your shelf space in your bathroom?I know you wouldn’t mind sharing your feminine essentials with your metrosexual partner, so do the math, if his average percentage of H&M-esque is still below 50%, then you have nothing to worry about. (By DIAZ In Jakarta/ The Jakarta Post/ AsiaNews)

Shhhhhhhhh!!!!!!Mamam also sometimes get confused between metrosexual and gay people since most of the activities especially the cleanliness are shared and done by both of them...Bye!

Untungnya Solat Sunat Dhuha...

Hai dan salam sejahtera semua..Mama harap korang semua makin bertenaga di hari yang ke 16 Ramadhan ni.Semoga korang semua makin tabah dan semakin berusaha untuk meningkatkan ibadat kepada Ilahi.

Mama baru sahaja selesai menyaksikan presentation budak-budak degree dari Fakulti Perniagaan,Pengurusan dan Perakaunan dalam menyelesaikan tugasan mereka untuk promosi syarikat masing-masing yang mereka wakili.Tugasan ini merupakan anjuran Pusat Pembangunan Usahawan UniSZA dan SME Corp..Ramai juga pensyarah yang datang untuk menyaksikan presentation mereka ini termasuklah dekan fakulti,Professor Dr. Ahmad Syukri Yazid dan mantan dekan fakulti,Professor Azrin.Masing-masing memberi idean,komen serta cadangan yang bernas dalam mempertingkatkan lagi tahap pembentangan mereka.

Ketika mama sedang khusyuk mendengar komen daripada pensyarah,mama rasa sangat tertarik dengan kata-kata Professor Azrin iaitu pelajar-pelajar perlu menggunakan kaedah Islamiah dalam menyelesaikan masalah kewangan serta mencari rezeki yang baik sepanjang hari mereka melakukan perniagaan mereka.Kaedah tersebut ialah Solat Sunat Dhuha..Solat sunat Dhuha menurut Professor Azrin ialah solat sunat ketika matahari sedang terbit di mana solat sunat ini dituntut oleh Islam sebelum umat Islam keluar mencari rezeki.Menurut Professor Azrin lagi,solat sunat tersebut dilakukan oleh umat Islam dan dituntut melakukannya kerana solat sunat tersebut ialah doa kepada Allah S.W.T. supaya dimurahkan rezeki dan mampu melancarkan "perjalanan" rezeki itu ke dalam perniagaan.Kemudian Professor Azrin menerangkan banyak lagi fadhilat-fadhilat solat sunat Dhuha tersebut.Tetapi yang pentingnya,solat sunat Dhuha boleh dilakukan untuk melancarkan lagi "perjalanan" rezeki ke dalam kehidupan manusia.

Mama hanya mengangguk.Mama pernah melakukan solat sunat Dhuha ini dan mama sendiri pernah mengalami keajaiban dan merasai keistimewaan solat Sunat Dhuha ini.Mama sendiri pernah merasai kehidupan yang susah di mana mama sendiri tidak pernah ada duit sesen pun di dalam poket mama.Nak makan,nak isi minyak kereta pon mama x mampu.Mama sangat2 susah hati dan mama menangis.Mana lagi nak cari duit untuk menampung kehidupan seharian di kampus sedangkan duit di dalam poket ialah kosong.yang tinggal di dalam poket hanyalah duit Arab Saudi 10 Riyal.Mana nak laku duit tu kalau digunakan di sni.Mama sangat susah hati.mama menangis.kemudian,mama teringat pada Allah Taala.Rupanya betullah kata-kata imam ulamak,setiap kali manusia ini berhadapan dengan masalah,hanya kepada Allah Taala kita kembali.Mama bangun awal pagi tu.Mama sembahyang subuh,kemudiannya mama mengaji Al-Quran sementara menantikan waktu matahari terbit.Pada jam 8.30 pagi,mama melakukan solat sunat Dhuha sebanyak 2 rakaat dan mama menangis ketika berdoa.Mama ceritakan segala-galanya kepada Allah Taala tentang semua masalah yang mama hadapi.Fuh!!Lega apabila mama bercerita segala masalah kepada Yang Maha Esa.Tidak perlu rakan kaunseling,kaunselor atau sesiapa,rupanya Tuhan yang Esa adalah yang paling rapat dengan manusia setiap kali kita sedang menghadapi masalah.Di dalam doa solat sunat tersebut,mama hanya memohon supaya rezeki mama tidak putus dan mama sentiasa berada di dalam kesenangan dan ketenangan hidup..

Alhamdulillah..Keputusan selepas mama melakukan solat sunat tersebut,Allah Taala itu Maha Mengampuni dan Mengasihani.Dia telah memperkenankan doa mama dan Dia telah memberi mama rezeki kepada mama kurang daripada 24 jam.Mama baru sahaja memohon kepadaNya pada pagi tadi,dan Dia telah mengurniakan rezeki dan memperkenankan doa mama pada malam itu juga pada hari yang sama.Alhamdulillah..Itulah berkat solat sunat Dhuha..Pesanan mama kepada korang semua,alang-alang korang dah sembahyang subuh,korang tunggulah sekejap lagi untuk menunaikan solat sunat Dhuha sebelum melakukan apa-apa pekerjaan.Semoga segala pekerjaan yang korang hendak dilakukan pada hari itu akan diberkati dan dirahmati oleh Allah..Waallahu A'lam..Sekian..Bye!

Shhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!Mama teringat dahulu masa nak jawab peperiksaan PMR,mama pernah sembahyang solat sunat Dhuha setiap pagi sebelum peperiksaan bermula.Hasilnya mama dapat 9A dalam PMR..Alhamdulillah....

Tuesday, 16 August 2011

Cinta Monyet Untuk DIA..Hahahaha

Hai dan salam sejahtera semua..Tiba2 mama sangat aktif malam ni.Maybe sebab mama berdebar dan tkot untuk event pada esok hari.Mama akan jadi MC untuk satu majlis anjuran SME Corp di UniSZA esok..tapi apa-apa pun,mama akan terus berusaha dalam menjayakan majlis pada esok hari..

Tengah mama sibuk membelek Facebook mama,tiba-tiba mama macam nak buka aje notes yang mama pernah tulis dalam Facebook zaman dulu.Hahahaha..Kelakar kan bila mama baca balik.So,mama nak kongsikan dengan korang semua nota cinta yang mama pernah tulis untuk jejaka yang pernah mama minat pada dahulu kala.hehehe..Masa tulis nota ni,hati tengah berbunga,tengah gundah gulana sebab angau cinta.hehehe.memang mama angau nak bercinta pon masa tu..Korang bacalah yea secebis nota CINTA UNTUK DIA..hehehehehe

DIA
Now I'm going to KFC at Batu Buruk with Akmal,Angah and Naz.I feel so happy cuz finally I have time to spend with my beloved roommate and girl friends.Three of them line up to buy food while I'm just sitting here "guarding" the table so that it won't be taken.While sitting alone,I am thinking about someone,"DIA".Reminding me about "DIA" makes me sad cuz I know that it is impossible for me and "DIA" to be together for we are not meant to be.Even we don't know each other,we never talk to each other,I am so in love with "DIA".Weird,huh?But then it's called love.Love is blind.I used not to believe in the term "LOVE IS BLIND" cuz I thought that love can be chosen by us.We choose love.But now I believe,LOVE chooses us with whom we will fall in love with.And I believe that LOVE has chosen me to be with "DIA"....

Your sincerely,
Miss E Izabelle Bijoux-Yee
12:25 am
9th April 2010


Shhh!!!!Malu mama bila baca balik semua benda ni.Hahahaha..Kalau korang semua ada juga pernah menulis nota cinta ketika tengah angau bercinta,kongsi2 lah..Hehehehe..Bye!!

Monday, 15 August 2011

Jangan pakai deodoran lagi...Please...

hai dan salam sejahtera mama ucapkan pada semua..Apa khabar korang semua?mama harap korang semua akan lebih bersemangat untuk menempuh dugaan berpuasa.Yea lah,di bulan Ramadhan ni,macam2 dugaan ada kan?tengok orang bukan muslim minum air,kita semua terpaksa menahan lapar dan dahaga.Bagi yang merokok,adalah satu dugaan yang paling besar buat mereka.Namun,ambillah peluang Ramadhan ni untuk berhenti atau perlahan-perlahan berhenti merokok.Mama ucapkan tahniah kepada mereka..

Okaylah..Mama rasa sangat bersemangat sekarang ni untuk menulis entry ni.Maybe entry yang terakhir untuk malam ni sebelum bermulanya hari esok.Topik yang akan mama tulis dalam blog mama kali ni ialah KETIAK.mama memang suka ketiak dan ketiak membuatkan mama rasa sangat ghairah dan teruja.Nak2 bila ketiak tu bersih dan bulu ketiak tu terjaga dengan rapi.Bila terfikir tentang ketiak yang hitam belegam cam periuk belanga,bulu ketiak panjang cam ekor kuda,nak termuntah plak mama.hehehe..

Tengah2 duk membelek surat khabar dan majalah wanita tadi,mama ternampak satu artikel berkaitan dengan ketiak dan bau ketiak.agak menarik artikel tersebut.Dalam artikel tersebut mengatakan bahawa bau ketiak yang original pada lelaki mampu menangani masalah stress wanita.Bau ketiak lelaki yea..Perempuan pun ada bau ketiak gak ke?bagi wanita-wanita yang ada bau ketiak nak2 yang berbau cam cuka tu,pergilah basuh skit ketiak tu.letak banyak2 minyak wangi.Buruk bebenau kalau perempuan ada bau ketiak.hehehe..jangan marah yea..jadi memang betullah rupa2 nya bau ketiak lelaki ni sebenarnya adalah ubat kepada stress wanita..jom kita baca artikel yang mama petik dari sebuah majalah....

Beberapa tahun yang lalu, Bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania telah melakukan satu kajian yang telah membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu kaum wanita untuk menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau semulajadi lelaki.

Dalam uji kaji yang tersebut, bau semulajadi (peluh) itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur lingkungan 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu adalah bau peluh lelaki. Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita,dan selain itu wangian ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang stress.

Jadi untuk yang sudah berkahwin, boleh lah menjadikan mencium ketiak suami sebagai amalan seharian supaya boleh menghilangkan stress. Mungkin betul kajian dari University Pensylvania yang bau ketiak lelaki mampu menghilangkan stress. Manalah tau, mampu memperbaiki hubungan  rumah tangga serta mengurangkan kes penceraian.

Oleh sebab itu,mama sarankan supaya korang semua teruatamanya lelaki janganlah mengada-ngada lagi nak membazir duit untuk membeli deodorant.sebab bau original korang tu sememangnya mampu mengubati stress kami semua ini.hehehe..Kalau korang takot ketiak berbau sebab korang kuat berpeluh atau pape,mama sarankan korang beli kapur barus atau limau nipis dan sapukan pada ketiak korang ketika mandi.InsyaAllah akan hilanglah bau ketiak korang tu semua.Okay?oleh sebab itu,hentikanlah beli deodorant dan hentikan penggunaan deodorant sebab deodoran tu boleh buat ketiak korang tu hitam.nak tengok pon geli.hahahaha..bantulah kami semua kaum wanita ni untuk menghilangkan stress..hahahahaha..Bye!!

SShhhhhh!!!!!!!!!!!Lepas ni mama nak sorok deodorant pasangan mama.Mama pon nak hilangkan stress mama ni..Hahahahaha...Muah

Susah sangat ke berjasa pada ibu bapa?

Hai dan salam sejahtera semuanya..Mama harap korang semua jangan lah makan banyak sangat ketika berbuka puasa sebab nanti berat perut plak nak solat terawikh.Hehehe..

Okaylah..arini maybe entry mama yang terpendek yang pernah mama post.Kali ni berkaitan dengan seorang kawan mama.Kawan mama ni sebenarnya baik hati dan beliau juga seorang yang alim.Kiranya alimlah berbanding ngan mama yang jahil ni.Gitewww..Hehehe..Bila nak cerita pasal dia,mama jadi hairan dengan kawan mama ni.Beliau ni jarang sangat berada di rumah kecuali untuk dua perkara; untuk balik tidur dan mandi (kira sekalilah tu yea) dan untuk balik mintak duit dengan mak ayah beliau mamandangkan beliau masih belum bekerja.Bukan mama seorang saja yang hairan kat kawan mama ni tapi kawan-kawan mama yang lain pun turut berasa hairan dengan beliau.

Kepelikan pada kawan mama ni makin terserlah nak-nak bila di bulan puasa ni.Di bulan puasa ni,kebanyakan orang cepat-cepat nak balik berbuka di rumah.tapi kawan mama ni,dia bukan saja tak mau balik ke rumah untuk berbuka puasa dengan orang tuanya,malah ajak kawan-kawan lain plak berbuka di luar.Mama pun rasa kesian pada mak ayah beliau memandangkan di rumahnya hanya ada mak dan ayah sahaja memandangkan adik beradiknya yang lain duduk jauh dan ada yang sudah berumahtangga.Mama sangat2 hairan dengan beliau.Adakah beliau ini tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada mak ayah beliau?atau memang prangai beliau yang tidak suka balik ke rumah?bak orang Terengganu kata,bulu kaki jatuh kat tengah jalan.Sebab tu suka berjalan dan tak suka duduk rumah.

Emmm..nasihat mama pada beliau,pulanglah ke rumah.Berbuka puasalah bersama-sama dengan ibu bapa kita.Mungkin Ramadhan ini merupakan Ramadhan yang terakhir bagi mereka untuk berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak mereka.Jagalah ibu bapa kita seperti mereka melayan kita dahulu pada waktu kecil.Mak ayah kita dahulu pun biarpun ada kerja di luar,mereka tidak pernah meninggalkan kita walaupun untuk seketika.Mampukah kita melihat dua pasang mata yang tua itu berbuka kesunyian tanpa anak-anak mereka di rumah?biarlah hanya kita seorang sahaja yang berada di rumah sebagai seorang anak mereka,berjasalah pada mereka sementara mereka masih hidup...Sekian..Bye!

SShhhhhhhhhh!!!!Mama sayangkan mak ayah mama.Mama sentiasa meletakkan mereka berdua di atas senarai yang paling atas.bak kata Allahyarham Yasmin Ahmad,3 perkara yang akan membawa kejayaan dalam hidup anda;
1)Berdoa pada Allah
2)Berusaha
3)Hormati ibu bapa dan sayangi mereka...
Tidak hairanlah mengapa Yasmin Ahmad sentiasa berjaya di dalam hidupnya..Sentiasa ada jalan keluar bagi Allahyarham ketika beliau mengalami kesempitan kerana kerberkatan doa ibu dan bapa beliau,Mak Inom dan Haji Ahmad..

Thursday, 11 August 2011

Jangan ikat kemas2...Longgarkan sikit..Baru lega..

Hai dan salam sejahtera semuanya..Mama harap semua akan sihat walafiat.Nak-nak di bulan puasa ni,jangan lah korang semua membazir kan duit dan makanan tu.Belilah sekadar yang perlu.maklumlah,bila lapar,macam2 benda nak makan.tengok murtabak,nk beli murtabak.tengok orang jual ayam panggang,nak makan ayam panggang.last sekali,setiap juadah yang dijual dekat bazaar Ramadhan tu korang beli.Dah lah membazir duit,makanan tu plak korang buang.Adoi,ruginya..Membazir amalan syaitan..

Okaylah,hari ni mama nak bercakap serba sedikit berkaitan dengan cinta dan relationship ni.Bagi korang yang sedang mencari cinta,carilah cinta yang betul2 dapat mengisi jiwa kosong korang dan biarlah serasi.Jangan  kerana korang tengok kawan-kawan korang sedang seronok bercinta,korang pon sibuk nak bercinta.Kalau boleh biarlah ketika bercinta tu,KOMITMEN yang penting.Komitmen tu meliputi skop yang luas.Mama nak terangkan kat sini pon tkot nanti melencong dari tajuk yang asal.Korang tepuklah dada,tanyalah selera.When the time comes and relationships have knocked your heart to open,open it.Open your eyes wider..Hehehe..tu lah nasihat mama pada korang yang masih single dan yang sedang mencari..

Back to the topic,mama sebenarnya nak menasihati korang2 semua yang sedang IN THE RELATIONSHIPS supaya perlu ada sikap Give and Take,toleransi dan understanding.Mama pon dulu pernah kongkong buah hati mama tu tetapi selepas berfikir balik,seolah2 tidak aci sekiranya mama terlalu mengongkong buah hati mama tu.Yea lah,nak keluar bersosial dengan kawan2 lelaki dia pon mama marah.memanglah kita sebagai perempuan takot sekiranya kita terlalu lelaki ni bebas,mulalah menggatal nak pasang dua.bagi lelaki yang gatal nak pasang dua tu,korang tinggal je lah diorang.diorang tak layak pon untuk mana2 perempuan.lelaki macam tu seolah2 tidak bersyukur dengan apa yang dia ada.bagi golongan lelaki yang macam tu,kalau korang nk kongkong ke,nak ikat tali kat leher ke,korang buatlah.memang patot pon kalau kita sebagai perempuan tidak mahu dicurangi,ditipu dan dimadu.memang padan muka diorang kalau korang selalu nak ikot ke mana diorang pergi,diorang nak buat apa.jenis orang mcam ni boleh lah dikongkong tanpa belas kasihan.

Tetapi yang mama kasihankan ialah pada kawan mama ni sorang.emm..ni didedikasi kan kepada kawan mama dan pasangan dia tu.Kawan mama ni dah lama membujang setelah dikecewakan.tetapi selepas beberapa tahun,pintu hati dia diketuk oleh seseorang ni.Maka dengan itu,mereka berdua bercintalah.Yang menjadi hairan,kawan mama ni memang mama kenal sangat.Dia sangat setia dan jujur dengan pasangan dia tu.kalau dikira kesetiaannya,memang dia adalah lelaki yang paling paling setia dengan kekasihnya.Yang mama jadi sakit hati bila pasangan kawan mama ni terlalu mengongkong kawan mama ni.Nak pergi makan dengan siapa kena report,nak tidur pon kena report,nak mandi,berak semua kena report.Celik mata aje start mesej.Nak bawak kereta pon start mesej.Ibarat kata kalau kawan mama ni stop mesej,pasangan dia akan melenting.Kadang2 kawan mama ni letih seharian bekerja,dia pon mudahlah tertidur kan.tu pun kena marah juga.emmm..Mama tidak tahu apa perasaan dia tapi di mata mama,mama jadi rimas juga kadang2..

Pesanan mama kepada pasangan kawan mama ni dan juga kepada korang semua termasuklah diri mama sendiri,kita boleh aje kongkong kekasih kita.Kita boleh aje nk tanya ke mana pergi tadi,keluar dengan siapa,nak lepak dengan siapa tapi kalau tertidur pon nak melenting,terlambat balas mesej pon melenting,tu sebenarnya sudah melampau.kita berkasih biarlah jangan sampai kekasih kita menjadi rimas.memang kita akan rasa selamat sebab kita yang genggam tetapi orang yang digenggam tu cmne perasaan dia?Ibaratkanlah seperti seutas tali yang mengikat sebiji botol,ditariknya kemas sampai habis,pecahlah botol tu..Kalau korang nak berhibur sambil mendengar lagu berkaitan rimas sebab dikongkong,dengarlah lagu "LEMAS" daripada Ruffedge..Apa-apa pun,korang fikirlah untuk kebaikan korang sendiri yea..Bye!!

Shhhhhh.............Mama dulu pon pernah "ikat" si dia dengan kuat tapi lama-lama mama jadi takot sebab tkot dia rimas.Dan memang ternyata dia rimas.bagilah sedikit ruang untuk lelaki ni bernafas..*ditujukan kepada perempuan2 yang kuat jeles..

Tuesday, 9 August 2011

Female ejaculation could cope with stress..

Hi and very good evening to all.This time mama would like to use English as an entry for today.I've just been checking my friend's handwriting in English and I could see that her English is very terrible.Probably because she's got no interest in English at all(from the beginning since she started her course in the university.)Therefore I'd like to use English sometimes for my daily entries so that I would not forget how to use English in the handwriting and speaking especially while communicating with people.

While I was chatting with my girl friends,a friend of mine asked me what about if the husband and wife are having sex and the husband would reach the climax first meanwhile the wife is still the "romance" time with her husband and feels horny?Does she have to masturbate to make sure she would reach the climax too?As we know,when the men have already reached the climax,he would be tired because all the energy in his body was "thrown" out in the liquid form.it happens because he has the climax.While the husband has found the climax,he would never care about the wife's needs anymore.I could say here that not so many husband would ignore the wife but there are still husbands who just care about his "needs".

Here I've done some assignment about female ejaculation and I would like to share with all of you..Enjoy!!

FEMALE EJACULATION

What is female ejaculation?

Female ejaculation is when fluid shoots out of the vagina at the moment of orgasm. It is sometimes known as 'she-jaculation' or you may have heard the terms 'gushing' or 'squirting'. It's a controversial subject, not least because pornography writers (most of whom are male) have repeatedly suggested that all women ejaculate at orgasm. Even today, erotic novels tend to give the impression that every woman produces a jet of fluid when she climaxes - just like a man. As a result, some younger males are puzzled if their partner doesn't.

How common is female ejaculation?

The reality is female ejaculation isn't all that common. Some women do it once in a lifetime, but never again.
The actual percentage of females who ejaculate is uncertain. However, in Masters and Johnson's famous lab experiments with over 400 women, they did not record anyone who ejaculated at climax.Nevertheless, the experience of gynaecologists and family planning doctors indicates there is a substantial minority of women who ejaculate regularly. Agony aunts, too, get many anguished emails from females who are deeply embarrassed by the fact they wet the bed when they come.

How much fluid is produced?

I have heard claims that highly-sexed women can produce litres of fluid in a single orgasm. This seems very unlikely - where could such an amount be stored in the female body?More realistic is the estimate of Beverley Whipple, American sex guru and co-author of the original G-spot book. At a recent conference, she told me that in most cases, the amount of fluid secreted is around 'half a coffee cupful'.

What effect does it have on women?

When a woman first discovers that she suddenly drenches the sheets when she climaxes, it's natural for her to feel anxious and embarrassed.And because most women initially think the fluid they produce is urine, they assume what they are doing is dirty or nasty. Their feelings are - quite understandably - linked to childhood prohibitions about not wetting the bed. Unsurprisingly, quite a lot of these women tend to go through life avoiding sexual relations with other people.Some have the unfortunate experience of going to bed with men who react negatively when they climax - but this is not the reaction of most males.

Is female ejaculation connected with the G-spot?

A vast amount of material on the internet suggests there is such a phenomenon as a G-spot orgasm, which is likely to be accompanied by a gush of fluid from the urethra. The G-spot is said to be an erotic zone at the front of the vagina, and this area is intimately connected with the urethra. Indeed, pressure on the G-spot area will invariably produce a desire to pee. There is no doubt that pressing on the area of the G-spot would affect the above-mentioned Skene's glands, which are said by some to be the source of female ejaculate. However, much of what has been written over the last 25 years about the alleged link between the G-spot and female ejaculation is unscientific and has not be proven. For example, there is no clear evidence that pressure on your G-spot will make you produce female ejaculatory fluid.

What does this mean for women?

It's now clear that a substantial minority of women do ejaculate when they climax. This could be urine in some cases, but in other cases it seems that it isn't. Clearly, much more research needs to be done on the contentious subject of female ejaculation, and on the nature of the fluid. Finally, women who experience ejaculation need to realise that many men have a positive attitude towards it. After all, if a woman ejaculates, the man can regard it as a tribute to his virility and skill in bed!


Now mama just realize that female also ejaculates and it has benefits for both sexes while having sex.Just like mama always said,sex is not only about the satisfaction on the bed but it shows the "conquer" of each other..Bye!!


Shhhh!!!!Mama also would like to find either mama could satisfy mama's spouse one day..Bad MAMA..hahahahaha

Monday, 8 August 2011

True or fake friends?

Hai dan salam sejahtera semua..Apa khabar hari ni?korang semua puasa tak hari ni?Bagi yang sihat walafiat,janganlah mengada-ngada nak ponteng puasa.Rugi tau kalau korang semua ponteng puasa.sebab nanti kena ganti.Nak ganti pulak bukan senang.Tiap kali orang makan aje di bulan2 yang lain,korang lak berpuasa,lagilah besar dugaannya..

Okaylah..Mula2 mama nk bercakap mengenai pengalaman mama bekerja di sebuah syarikat GLC.Mama memang suka tempat bekerja di situ.dengan kawan2 yang sekepala dengan mama membuatkan mama rasa sangat selesa dan macam berada di rumah aje.tetapi seperti mana yang ibu mama katakan,di mana2 tempat kerja pun pasti akan ada masalah.Kalau bukan masalah kerja,msalah dengan rakan sekerja.Mama sendiri pernah mengalami masalah seperti ini dan mama akan mengambil iktibar serta pengajaran di masa hadapan.

Teringat tentang rakan-rakan sekerja,mama teringat ada kisah seorang rakan sepejabat mama ni.Nama dia Dahlia.Dahlia memang x pernah sukakan rakan sepejabatnya yang seorang ni.Nama dia Mawar.Jadi,sebagai kesimpulannya,Dahlia bencikan Mawar.Sebenarnya semua orang bencikan Mawar kerana perangainya yang entah apa-apa.Kadang-kadang perangai Mawar ni berlagak seperti bos padahal dia hanya seorang kerani biasa saja di tempat mama dulu.Oleh kerana itu ramai orang tidak sukakan Mawar.Si Dahlia ni pulak memang terpaksa mengadap muka Mawar saja setiap masa.Sebab diorang duduk sebelah menyebelah.Nak tak nak,memang Dahlia terpaksa mengadap muka Mawar yang memang cam singa jantan lapar daging kuda.Hahahaha...

Oleh kerana meja mereka sebelah antara satu sama lain,mereka terpaksa bertegur.Si Dahlia ni memang malas nak layan si Mawar ni tetapi Mawar selalu saja bercakap dan kadang2 lenguh nk melayan bercakap.Akhirnya Dahlia membuat keputusan terpaksa berpura2 mendengar setiap cerita yang keluar dari mulut Mawar.Sebagai pengajaran di dalam cerita ini,walaupun korang semua ada rakan yang boleh mendengar cerita korang,melayan karenah korang,korang jangalah berasa terlalu selesa sebab kadang2 maybe diorang hanyalah berpura2 kerana terpaksa.Oleh itu,pilihlah kawan yang benar2 memahami kita dan boleh bersenang dan bersusah dengan kita.Kawan untuk kita semua bergembira sangatlah ramai tetapi apabila kita semua menangis,boleh dibilang dengan jari sahaja.Kalau ada seorang kawan sahaja pon sudah memadai sekiranya dia sanggup menangis bersama kita...Sekian coretan mama...

Shhhhhh!!!!!Mama sendiri pernah menangis kerana sedih tetapi Alhamdulillah,semua kawan mama adalah kawan yang boleh kita menumpang sedih dan bergembira bersama-sama..Mama ucapkan terima kasih kepada semua kawan2 mama yang selama ini sentiasa bersama mama ketika mama gembira,sedih dan duka..Korang semua memang sentiasa berada di dalam hati mama....Muah!!

Wednesday, 3 August 2011

Lelaki bermulut luas memang seksi...

Hai dan salam sejahtera semua..Apa khabar?Mama mintak maaf semalam mama memang tak sempat untuk update entry mama semalam.Maybe sebab letih naik bas pulang ke ibu kota atau memang tak sempat nak buka laptop semalam sebab mama kena menemani kawan mama menghantar awek dia balik ke Kuching,Sarawak dekat LCCT..

Mama tiba di ibu kota semalam pada jam 5.30 petang dan kawan mama sudah pun berada di situ untuk mengambil mama.Sebab nak hantar awek dia plak ke LCCT.oleh sebab jalan pun sesak(faham2 je lah kan bila bulan puasa ni kan),kami tiba di LCCT hampir jam 7 malam.Hook or by crook,mama terpaksa berbuka di Old Town White Coffee.Sedang mama menikmati hidangan berbuka puasa ni,mama terserempak dengan seorang mamat ni.Dengan janggutnya yang nipis dan kemas,kumis yang agak menarik mampu menarik perhatian mama untuk sentiasa melihat dan merenung ke arahnya..Maybe sebab dia perasan yang mata mama sentiasa melirik ke arahnya,tiba2 dia tersenyum pada mama dan mengangkat keningnya pada mama.Malu mama pada ketika tu.Memang malu lah sebab skodeng mama kat dia dah kantoi..

Bagi mama,wajah lelaki ini tidaklah se"handsome" mana tapi mama suka tengok pada penampilan diri dia yang kemas.Maybe kerana pakaian dia yang berjenama,maybe pada gayanya atau maybe pada janggutnya yang rapi.Tetapi setelah dia mengukir senyuman dia pada mama,mama dapati mulut dia sangat luas.Senyuman nya memang lebar ke pipi..Mulutnya macam Julia Roberts tapi versi lelaki.Dan mama rasa mulut lelaki yang luas ni sangat seksi.

Teringat pada lelaki yang bermulut luas dan seksi,mama teringat pada kawan mama yang seorang ni.Nama dia Abdul bari Abdul Aziz.Mulut dia memang sangat luas.Bila dia senyum,Ya Allah,kalah mulut joker.Bila difikirkan balik,patutlah kawan mama ni,nama dia Siti NorAkmal minat sangat pada Abdul bari ni.Rupanya sebab keseksian pada Abdul Bari ni terletak pada senyumannya.Hahahaha...Abstraknya seksi ni kan?
(senyuman Abdul Bari macam Shahir juga.Luas mulut dia..patutlah suara Shahir sedap.Tapi suara Abdul bari x best.Cam kaset rosak)
Okaylah..Mama terpaksa matikan entry mama sekadar di sini sahaja.Sebab lapar,idea pun kering kan?hehehe..apa-apa pun,korang teruskan lah minat pada buah hati korang sendiri.korang kena tengok dan discover di mana letaknya keseksian buah hati korang..Baru lah tak puas dengan pasangan masing2 kan?hehehehe...Selamat berbuka puasa..Bye!!

Shhhhhh!!!!Mama pun selalu mencari dan discover di mana letaknya keseksian buah hati mama.Dalam banyak2 anggota badan dia,hanya 1 mama berkenan.hahahahahaha....Sampai sekarang x puas tengok..Bye...!!!

Monday, 1 August 2011

Seksinya Shahir AF8...

Hai dan salam sejahtera..Alhamdulillah..Kenyangnya perut mama hari ni selepas menjamu selera bersama keluarga tadi berbuka puasa bersama-sama.Maybe sebab suka hati berbuka puasa bersama-sama dengan mak dan ayah tercinta walaupun adik beradik yang lain jauh di mata.Just kami bertiga saja yang berbuka puasa.Jadi lauk pun tak adalah banyak sangat berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.Hehehe..Apa-apa pun syukur pada mak mama yang bertungkus lumus memasak selepas balik dari kerja tadi.

Nak dijadikan cerita,selepas solat terawikh tadi,mama bukalah email mama sebab mama nak delete email yang tak sepatutnya ada dalam inbox mama.Bila mama buka email mama,mama sengajalah buka email dekat spam tu.Spam kan biasanya xde email apa-apa melainkan it's just a spam.Right?tapi sebab tangan mama ni dah gatal,mama buka lah email tu.Terkejut gorila mama bila mama buka,ada gambar lelaki ni sedang melakukan aksi terlampau dengan seorang mak nyah yang belum lagi "operate".Tapi muka memang cun melecun lah.Muka lelaki yang sedang "kerjakan" mak nyah tu sebiji cam muka Shahir AF8.Dengan janggut nya yang memang cam Shahir lah..Adoi..Kalau muka mak nyah tu cam muka Melayu,memang mama akan kata Shahir AF8 lah yang sedang beraksi tu.Tapi nasib baik mak nyah tu "mek saleh"..Hehehe..Lega hati mama..

Diikutkan hati,memang mama yakin Shahir AF8 takkan lakukan benda2 cam tu.Dia budak baik kan?hehehe..Mama boleh je share gambar lelaki tu dekat korang tapi mama xleh lah siarkan gambar terlampau tu dekat blog mama ni.Blog mama bukan blog lucah yea..Sekadar pengetahuan pasal seks atau pengetahuan serba sedikit tentang hubungan manusia,mama boleh kongsi..Bila mama dapat gambar lam spam td,mama terus google gambar Shahir.Memang seksi bebenau Shahir tu kan?tengok je muka dia tu.Dengan janggut nya yang kemas,mulut nya yang ala2 Julia Roberts gitu..Fuh!!memang x boleh tahan kan?patut lah Rozita Che Wan pun masih tergila2 kan Shahir.Hehehe..tak yah tunggu Rozita,mama sendiri pun tergoda dengan Shahir.Orang kata orang alim ni,orang yang pemalu cam Shahir ni hebat diranjang?betul ke??Apa pendapatt korang semua?(Blushing mama)...

Biarlah alim ke,ape ke,yang penting mama suka juga dekat Shahir ni.Makin lama tengok,makin seksi.Adoi..Bila agaknya boleh bertemu dengan Shahir ni yea?boleh lah mama bagitahu dia yang "Shahir,You are very hottttttt!!!!!!!"hehehehehehe...Okaylah..apa-apa pun,selamat berpuasa buat hari kedua esok.Jangan lupa sahur yea..Nanti lau x sahur,korang ada alasan nak berbuka plak.Gastrik lah,apa lah..hehehehe..Ingat LOVE,LUST,LIFESTYLE,ingat mama..Bye!!!

Shhhhhh!!!!Kalau betul Shahir AF8 dalam gambar yang mama dapat dalam spam tadi,memang betullah Shahir ni seksi.Bukan saja seksi,hot tapi HEBAT!!!!!...hahahahahahaha...Bye

Seks itu bukan kotor...

Hai dan salam sejahtera..Hari ni mama sangat letih sebab banyak urusan perlu diselesaikan di Kuala Terengganu ni sebelum balik ke Kuala Lumpur esok.Urusan kedai fotostat untuk persatuan mama,urusan kerja di Universiti dan urusan untuk praktikal kat BERNAMA tu..Alhamdulillah..Semua sudah selesai.Inilah hikmah ketika membuat urusan di bulan Ramadhan.Sekiranya niat kita ikhlas,semua urusan akan diberkati oleh Allah Taala dan Dia akan mudahkan segala urusan kita.Hehehe..

Sedang mama buat urusan kat Universiti tadi,mama sempat juga berbual dengan 3,4 orang pelajar perempuan ni.Mereka kata mereka berminat sangat dengan Seluar Dalam Merah mama ni tapi kadang-kadang mereka tak dapat access nak baca blog ni.Maybe sebab mama kategorikan blog mama ni sebagao 18SX dan Universiti akan block segala blog atau laman web yang berkaitan dengan perkara-pekara 18SX ni.Hehehe..Biarlah mereka nak block pape pun sebab Facebook pon dia block,apatah lagi kalau blog mama ni yang penuh dengan kontroversi.Hehehe..

Sedang kami berbual-bual adalah seorang budak perempuan ni komplen yang ada kawan diorang ni,nama dia H.Kata diorang,H tak suka pada diorang sebab mereka suka cakap cam benda-benda yang berkaitan dengan seks.Mama pun terkejut sebab diorang,perempuan pun bercakap pasal seks.Mama bukan apa,takut diorang bercakap sal seks di hadapan khalayak ramai,depan lelaki..Ini mungkin akan menjatuhkan maruah mereka sebagai perempuan.nasib baik diorang bagitahu mama yang diorang hanya bercakap perkara2 ni just di dalam bilik je.It's just a girl's talk.Fuh!!Lega bila mama dengar diorang cakap camtu..


Berbalik pada kawan diorang yang bernama H tu,H selalu kata mereka semua otak kuning sebab mereka bercakap pasal seks sedangkan seks itu perkara kotor.H seringkali kata mengatakan bahawa seks itu kotor.Mama menarik nafas panjang dan berfikir,kalau seks itu kotor,itu bermakna diri H itu juga adalah kotor sbb H tercipta oleh ibubapa H bermula daripada hubungan intimasi(istilah lembut bagi perkataan seks) mereka yang halal.Oleh sebab itu,mama nak katakan bahawa seks itu tidak kotor malah seks itu mampu membuatkan seseorang itu bahagia.Yang menjadi masalahnya sekarang ialah mentaliti kebanyakan orang Melayu yang mengatakan bahawa seks itu kotor.Bagi mama,hubungan seks(hubungan yang halal yakni orang yang sudah berkahwin) merupakan sesuatu yang suci,bersih dan mampu membuat pasangan tersebut bahagia,menikmati hubungan seks tersebut.


Oleh sebab itu mama ingin katakan sekali lagi bahawa seks itu tidak kotor dan seks itu penting dalam menjaga hubungan baik dalam sistem keluarga.Seks sebenarnya PUBLIC RELATION OFFICER yang bagus di dalam hubungan keluarga.Seks itu merupakan seorang CONSULTANT yang baik.Oleh sebab itu,mama sangat menyeru pada H dan rakan2 H supaya tidak memikirkan bahawa seks adalah perkara yang kotor.InsyaAllah pada entry yang akan datang,mama akan nyatakan di sini beberapa kebaikan kepada perempuan tentang pengetahuan berkaitan dengan seks dan peranan seks dalam kehidupan manusia.InsyaAllah...

Okaylah..sebelum mama akhiri entry ini,mama ingin mengucapkan selamat berbuka puasa kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana jua anda berada.Semoga Allah akan memberkati kehidupan anda sepanjang Ramadhan ini..Sekian..LOVE,LUST,LIFESTYLE..Ingat pada 3L,ingat pada mama..Bye..

Shhhh...!!!Mama dulu pun pernah kata seks itu kotor tapi segala-galanya telah berubah bila mama mula membuka minda untuk menerima semua perkara berkaitan seks.Barulah orang kata tak kena culture-shock di malam pertama.Hahahahaha...

Lelaki mempunyai sesuatu yang wanita tidak ada...

Hai dan salam sejahtera semua..Sebelum kita semua tidur,mama tiba-tiba teringat nk tulis sesuatu pasal lelaki ni.Mama sebenarnya dah baring pon tadi.secara tiba-tiba Tuhan kurniakan ilham untuk fikir sesuatu yang maybe korang pernah fikirkan atau maybe korang x pernah fikirkan langsung..Agak-agak nya apa dia lah yea..hehehe
Okay lah..Mula-mula mama nak tanya korang semua apa benda yang lelaki ada tetapi wanita x ada.Of course korang akan jawab "sesuatu yang kita sudah tahu jawapannya kan?"..hahaha..yes!!itu memang tepat sekali tapi setakat mama nak tau jawapan tu dari korang,mama rasa budak darjah 2 pon tahu jawapan tu kan?hehehe...

Baiklah..korang mesti tertanya-tanya kan apakah jawapan mama kalau bukan seperti jawapan di atas..Biar mama bagi jawapan pada korang semua dan mama akan serba sedikit memberi penjelasan terhadap jawapan mama tu.Jawapan mama ialah wanita tidak akan mempunyai AIR MANI yang sama seperti lelaki ada.Nah!! tu  lah jawapan dia..hehehe..Korang mesti dulu belajarkan yang lelaki mampu memproses air mani bermula daripada testis mereka dan persenyawaan antara air mani tersebut dengan ovum wanita itu akan menghasilkan embrio dan apabila semakin membesar dipanggil fetus dan seterusnya dipanggil bayi apabila dilahirkan dan bernyawa sehinggalah dipanggil manusia seperti kita sekarang.itu lah fungsi utama air mani yang korang tau kan?betul x?hehehe..


Sebenarnya untuk pengetahuan korang semua,air mani yang dikeluarkan oleh lelaki amat berguna dan ia turut mempunyai kegunaannya kerana intipati yang terdapat di dalam air mani tersebut.Air mani mempunyai 100% protein yang lebih banyak daripada sebiji telur ayam yang korang makan tu.Oleh sebab itu kalau korang baca sejarah kuno (mama tak pasti samada sejarah kuno cina,jepun,india atau Arab),wanita pada zaman tersebut menggunakan air mani suami mereka dan diletakkan di atas muka mereka sebagai mask untuk menjaga kecantikan mereka..Sebab tu mama bayangkan sekarang wanita pada zaman dulu mesti lebih cantik kan?kulit diaorang x perlu guna SK-II atau apa-apa peralatan kosmetik sebab kandungan air mani tu terlalu sempurna.Oleh sebab itu korang semua bila sedang ber"intimacy" dengan pasangan masing-masing,sekiranya korang semua tidak merancang untuk hamil,daripada membazir air mani mcam tu je,baik korang pkai buat mask.hehehehe...apa-apa pun,mama sendiri pun x pasti samada btol atau tidak tentang orang zaman kuno buat mask menggunakan air mani tetapi mama sangat2 pasti yang air mani mempunyai kandungan 100% protein.


Oleh itu,syukurilah nikmat Tuhan yang menciptakan manusia sebab segala ciptaanNya adalah terlalu sempurna..Dalam Al-Quran sendiri pun menyatakan bahawa mulianya air mani ni sampaikan daripada setitis air mani menjadi gumpalan darah,menjadi ketulan tulang dan menjadi daging yang membaluti tulang serta menjadikan manusia ini.Secara lahiriah nya,manusia berasal daripada air mani.


Kelebihan protein di dalam air mani yang dihasilkan oleh lelaki tu hanyalah salah satu kelebihan yang ada pada air mani.Mama yakin sekiranya saintis mampu mengkaji air mani tersebut,mesti banyak kelebihan yang mampu kita temui daripada air mani tesebut..InsyaAllah..

Okaylah..Mama dah nk tidur sekarang. Jap lagi mama nk berniat puasa untuk esok hari kerana Allah Taala dan pagi esok plak nk bangun sahur.hehehe..Jumpa lagi dalam entry yang akan datang.Ingat LOVE,LUST,LIFESTYLE..Ingat 3L,ingat Mama..hehehehe..Night..

Shhh!!!Mama dulu pun teringin je nak jadi saintis yang leh mengkaji benda2 yang berkaitan dengan seksual ni.Hahahaha...sempat lagi kan...bye!