Friday 30 September 2011

Nak cantik??Janganlah kedekut sangat...

Hai dan salam sejahtera..Adoi..Letih sungguh mama tiap kali turun naik dari apartmen mama di tingkat 5 ni.Apartmen yang serba murah dan mampu milik ni apalah sangat yang diharapkan oleh semua orangkan?bukannya ada lif atau tangga bergerak pun.Tetapi tidak mengapa sebab mama bolehlah juga buat serba sedikit exercise kan?hehehe..Orang dah malas.badan pun makin berisi.Sebab tu naik tingkat 5 pun sudah mengah.hehehe

Okaylah..Mama nak bercakap sedikit berkenaan dengan pencuci muka dan alat2 kosmetik yang mama telah cuba dan sedang mencubanya.Untuk pengetahuan korang semua,mama ni pernah mencuba pelbagai jenis produk kecantikan antaranya ialah Safi Balqis,Pond's,L'oreal,Neutrogena,Olay dan terbaru ialah SK-II dan Nutox.Pelbagai produk telah mama cuba dan semuanya mempunyai kesan yang berbeza pada kulit mama.Tetapi mama ingin sarankan bahawa setakat ini SK-II ialah produk yang paling baik pernah mama cuba.Mesti korang fikir mama terlalu kaya sampaikan mama mencuba produk yang paling mahal tu.Apakan tidaknya,satu set produk SK-II sudah mencecah beribu-ribu ringgit kan?hehehe..

Sebenarnya kalau korang bijak dalam mencari produk kecantikan untuk memperolehi kulit yang cantik dan berseri2,korang semua tidak perlu berbelanja sehingga beribu-ribu ringgit.Mama hanya menggunakan satu jenis sahaja dari banyak2 jenis produk SK-II iaitu SK-II Facial Treatment Essence.(Illustrasi sepertimana di bawah)
Bagusnya tentang produk ini ialah kerana essence yang terdapat di dalam SK-II ini ialah pitera dan ia mampu membaiki kulit-kulit mati korang semua sekiranya kulit muka korang kusam dan mempunyai tompok-tompok hitam bekas jerawat korang yang dahulu.Ini kerana pitera di dalam SK-II ini mampu membawa sel yang baru di dalam kulit korang semua ke permukaan kulit yang paling luar untuk menggantikan kulit dan sel mati di wajah anda.Harga untuk SK-II Facial Treatment Essence ini ialah RM199 untuk isipadu yang berjumlah 75ml.Harganya memang bapak mahal tetapi sangat2 berbaloi kepada korang semua yang ingin membaiki kulit mati korang tu.Mama akui yang isipadu untuk produk ini sangat sedikit.Korang mesti fikir,"Eleh,dalam dua minggu pun aku boleh habiskan untuk produk ni sahaja.Takkan aku nak habiskan duit RM400 semata-mata untuk benda ni saja.Tu pun x masuk lagi dengan duit topup,nak beli alat mekap."

Yesss...Mama tahu korang akan berfikir sedemikian.Tetapi mama nak pesan di sini,pandai2 lah korang menggunakan produk ini kerana mama pun beli SK-II yang volume dia 75ml juga tapi sampai sekarang mama masih menggunakan botol yang sama setelah hampir 4 bulan mama membelinya.Korang kena bijak kalau korang nak membaiki kulit muka korang semua.SK-II Facial Treatment Essence ini sebenarnya boleh digunakan bersama-sama dengan produk kecantikan yang lain.Seperti mama turut menggunakan produk Nutox bersama-sama dengan Sk-II ni.Setelah mama menggunakan pencuci muka Nutox ni,mama akan sapukan muka mama yang manja ni dengan SK-II Facial Treatment Essence.Setelah dibiarkan kering,barulah mama akan meloreskan sedikit Collagen Nutox ni pada wajah mama.Untuk finishing,mama akan sapu sedikit alat mekap pada wajah mama untuk tampak ceria dan bersemangat.

Apa2 persoalan tentang produk kecantikan,korang janganlah malu2 untuk bertanyakan pada mama okay?mama akan cuba menjadi consultant kat korang semua secara percuma sebab KECANTIKAN ANDA KEBANGGAAN MAMA....Sekian..Bye

Shhhhhhhhhh.....Niat di hati dah lama nak jadi consultant kecantikan.Sijil belajar kat Berlin pon ada lagi cuma tergantung macam tu aje..Bilalah agaknya akan dapat buka butik kecantikan sendiri yea?hehehe...Bye

2 comments:

  1. hm, thk lipstick SK II kat pavillion pun punyelah mahal...tp time sale sempatlah beli....

    ReplyDelete
  2. yes..tapi SK-II is really really really worth it,dear..It's so nice to have the most expensive product in the world even for ONE product...:-)
    Btw,welcome to the club...

    ReplyDelete