Thursday 29 September 2011

Anda sibuk?Kerintingkanlah...

Hai dan salam sejahtera semua..Apa khabar anak-anak mama di luar sana yang tidak putus2 membaca blog mama yang tidak seberapa ni jika dibandingkan dengan blog kawan-kawan mama yang lain.Hehehe..Yea lah,info mama hanya berkaitan dengan gaya kehidupan masa kini,seksual dan perkara-perkara yang berkaitan dengn mama sahaja.Apa yang sahaja yang mama tahu,mama akan kongsi dengan korang semua.

okaylah..Hari ni mama nak bercakap mengenai rambut.Bila bercakap tentang rambut,ada yang rambutnya kerinting,ada yang rambutnya lurus.Yang lurus nak buat kerinting pon ada.Yang kerinting macam maggi goreng nak buat rebonding pon ada.Jadi,kenalah ikot gaya masing2 yang sesuai dengan bentuk muka serta gaya korang semua.Tapi pada kali ini,mama nak bercakap tentang gaya rambut kerinting serta tips-tips untuk bagi mereka yang memilih gaya kerinting sebagai pilihan rambut mereka.

Tapi bagi mama,pilihan rambut samada kerinting atau lurus sebenarnya bergantung kepada cara hidup masing2.Bukan sahaja mengikut bentuk muka atau stail tetapi mengikut gaya hidup korang semua.Sekiranya korang semua memang seorang yang sentiasa sibuk serta tiada masa untuk menghias rambut atau korang semua memang malas untuk mengeringkan rambut korang yang panjang tu,jadi nasihat mama pada korang ialah rambut yang kerinting adalah paling sesuai bagi gaya hidup yang sibuk.Ini kerana, rambut kerinting adalah gaya yang paling ringkas di mana korang semua just basuhkan rambut korang dan apabila korang semua nak mengeringkannya,korang just keringkan dengan tuala (towel dry) serta menyapu minyak rambut yang sesuai dengan rambut kerinting.hanya ramaskan rambut korang yang kerinting itu menjadi bulat2 yang kecil.Nah,sekarang rambut korang sudah siap didandan dan korang boleh keluar ke mana2 sahaja dengan cepat tanpa membuang masa dengan membelek rambut korang tu.

Tapi harus diingatkan bahawa rambut kerinting perlu mendapat perhatian yang sangat2 teliti.Pastikan rambut kerinting korang semua sentiasa mendapatkan rawatan rambut sekurang-kurangnya sekali sebulan dengan terapi rambut korang semua.Dapatkan nasihat daripada pakar rambut serta penggunaan syampu yang bagus dan sesuai amatlah perlu dititikberatkan bagi mengelakkan rambut korang menjadi 'berbuah' kerana apabila rambut kerinting korang tu dibasahkan,rambut kerinting amat sukar dikeringkan dan mengambil masa yang amat lama.Sekiranya korang mandi dan membasahkan rambut korang tu,selepas itu korang just tidur,secara automatiknya rambut korang akan menjadi berbuah(rambut itu akan bergentel menjadi ketulan).Oleh itu,mama sarankan kalau kerinting menjadi pilihan korang,elakkan membasahkan rambut korang dan cucilah rambut korang di salon 3 atau 4 kali seminggu.Sekian sahaja entry mama untuk kali ni.Bertemu lagi di entry yang lain dengan tips penjagaan rambut yang lurus pula.Bye...

Ssshhhhhhhhhh!!!!!!!Mama pernah je buat rambut mama kerinting tetapi selepas beberapa bulan,rambut mama menjadi rosak sebab mama memang sukar menjaga rambut kerinting yang memerlukan penjagaan rambut yang sangat teliti.Seolah2 menjaga seorang bayi...huhuhu..bye!

No comments:

Post a Comment