Wednesday 17 August 2011

Untungnya Solat Sunat Dhuha...

Hai dan salam sejahtera semua..Mama harap korang semua makin bertenaga di hari yang ke 16 Ramadhan ni.Semoga korang semua makin tabah dan semakin berusaha untuk meningkatkan ibadat kepada Ilahi.

Mama baru sahaja selesai menyaksikan presentation budak-budak degree dari Fakulti Perniagaan,Pengurusan dan Perakaunan dalam menyelesaikan tugasan mereka untuk promosi syarikat masing-masing yang mereka wakili.Tugasan ini merupakan anjuran Pusat Pembangunan Usahawan UniSZA dan SME Corp..Ramai juga pensyarah yang datang untuk menyaksikan presentation mereka ini termasuklah dekan fakulti,Professor Dr. Ahmad Syukri Yazid dan mantan dekan fakulti,Professor Azrin.Masing-masing memberi idean,komen serta cadangan yang bernas dalam mempertingkatkan lagi tahap pembentangan mereka.

Ketika mama sedang khusyuk mendengar komen daripada pensyarah,mama rasa sangat tertarik dengan kata-kata Professor Azrin iaitu pelajar-pelajar perlu menggunakan kaedah Islamiah dalam menyelesaikan masalah kewangan serta mencari rezeki yang baik sepanjang hari mereka melakukan perniagaan mereka.Kaedah tersebut ialah Solat Sunat Dhuha..Solat sunat Dhuha menurut Professor Azrin ialah solat sunat ketika matahari sedang terbit di mana solat sunat ini dituntut oleh Islam sebelum umat Islam keluar mencari rezeki.Menurut Professor Azrin lagi,solat sunat tersebut dilakukan oleh umat Islam dan dituntut melakukannya kerana solat sunat tersebut ialah doa kepada Allah S.W.T. supaya dimurahkan rezeki dan mampu melancarkan "perjalanan" rezeki itu ke dalam perniagaan.Kemudian Professor Azrin menerangkan banyak lagi fadhilat-fadhilat solat sunat Dhuha tersebut.Tetapi yang pentingnya,solat sunat Dhuha boleh dilakukan untuk melancarkan lagi "perjalanan" rezeki ke dalam kehidupan manusia.

Mama hanya mengangguk.Mama pernah melakukan solat sunat Dhuha ini dan mama sendiri pernah mengalami keajaiban dan merasai keistimewaan solat Sunat Dhuha ini.Mama sendiri pernah merasai kehidupan yang susah di mana mama sendiri tidak pernah ada duit sesen pun di dalam poket mama.Nak makan,nak isi minyak kereta pon mama x mampu.Mama sangat2 susah hati dan mama menangis.Mana lagi nak cari duit untuk menampung kehidupan seharian di kampus sedangkan duit di dalam poket ialah kosong.yang tinggal di dalam poket hanyalah duit Arab Saudi 10 Riyal.Mana nak laku duit tu kalau digunakan di sni.Mama sangat susah hati.mama menangis.kemudian,mama teringat pada Allah Taala.Rupanya betullah kata-kata imam ulamak,setiap kali manusia ini berhadapan dengan masalah,hanya kepada Allah Taala kita kembali.Mama bangun awal pagi tu.Mama sembahyang subuh,kemudiannya mama mengaji Al-Quran sementara menantikan waktu matahari terbit.Pada jam 8.30 pagi,mama melakukan solat sunat Dhuha sebanyak 2 rakaat dan mama menangis ketika berdoa.Mama ceritakan segala-galanya kepada Allah Taala tentang semua masalah yang mama hadapi.Fuh!!Lega apabila mama bercerita segala masalah kepada Yang Maha Esa.Tidak perlu rakan kaunseling,kaunselor atau sesiapa,rupanya Tuhan yang Esa adalah yang paling rapat dengan manusia setiap kali kita sedang menghadapi masalah.Di dalam doa solat sunat tersebut,mama hanya memohon supaya rezeki mama tidak putus dan mama sentiasa berada di dalam kesenangan dan ketenangan hidup..

Alhamdulillah..Keputusan selepas mama melakukan solat sunat tersebut,Allah Taala itu Maha Mengampuni dan Mengasihani.Dia telah memperkenankan doa mama dan Dia telah memberi mama rezeki kepada mama kurang daripada 24 jam.Mama baru sahaja memohon kepadaNya pada pagi tadi,dan Dia telah mengurniakan rezeki dan memperkenankan doa mama pada malam itu juga pada hari yang sama.Alhamdulillah..Itulah berkat solat sunat Dhuha..Pesanan mama kepada korang semua,alang-alang korang dah sembahyang subuh,korang tunggulah sekejap lagi untuk menunaikan solat sunat Dhuha sebelum melakukan apa-apa pekerjaan.Semoga segala pekerjaan yang korang hendak dilakukan pada hari itu akan diberkati dan dirahmati oleh Allah..Waallahu A'lam..Sekian..Bye!

Shhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!Mama teringat dahulu masa nak jawab peperiksaan PMR,mama pernah sembahyang solat sunat Dhuha setiap pagi sebelum peperiksaan bermula.Hasilnya mama dapat 9A dalam PMR..Alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment