Wednesday 17 August 2011

Mulianya seorang ibu..

Hai dan salam sejahtera semuanya..Mama harapkan korang semua gembira dan ceria sahaja di hari ke 17 Ramadhan Al-Mubarak ni.Okay?hehe..baiklah,mama sekarang sedang menemani ibunda mama yang sedang shopping sayur,ikan dan lain-lain bahan mentah untuk masakan bagi juadah berbuka puasa.Ikan goreng,sambal belacan,budu,ulam-ulaman,ikan singgam dan kacang panjang goreng masak kicap.Lauk yang sangat ringkas dan best..

Sedang mama menantikan bonda shopping barang-barang dapur,mama terfikir bagaimana seorang wanita yang bertubuh kecil seperti bonda mama ni boleh menjaga 5 orang anak,seorang suami dan pada masa yang sama bekerja pada siang hari?inikah dipanggil supermak?boleh memainkan peranan kadang2 lebih daripada seorang wanita.Wanita inilah yang boleh dijadikan kawan baik,teman bercakap,teman bergaduh (sebab bonda mama ni memang suka cari gaduh dengan anak-anak dia sebagai mengisi masa lapang) dan sebagai teman hidup kepada ayahanda mama.Aduh,besarnya peranan mu,ibu sebagai seorang wanita.

Keluar bekerja seawal jam 7 pagi dan pulang pada waktu petang.Kemudian balik untuk memasak untuk santapan keluarga.Mama masih ingat ketika semua masih bersekolah,bonda terpaksa bangun seawal jam 4 pagi untuk memasak pada kami supaya kami tidak kelaparan pada tengahari bila pulang dari sekolah memandangkan bonda kerja pada siang hari..

Itulah bonda mama yang mama cintai dan kasihi.Bila teringat pada kisah2 lama yang boleh meragut nyawa mama kerana kesalahan mama,mesti berair mata ni.Alhamdulillah,bonda mama masih lagi boleh memandu kereta dan kakinya yang kecil yang bersaiz 4 ini masih mampu berjalan tanpa apa-apa bantuan..Mulianya seorang ibu.Ibu anda bagaimana?seteruk mana ibu kita pon,sayangilah ibu kita sebab ibu ini tiada gantinya...Sekian...Bye!!

SSShhhhhhhhhhh!!!!Kadang-kadang mama suka melihat muka mama di dalam cermin sebab it reflects my mom's face...Bye

No comments:

Post a Comment