Monday 15 August 2011

Jangan pakai deodoran lagi...Please...

hai dan salam sejahtera mama ucapkan pada semua..Apa khabar korang semua?mama harap korang semua akan lebih bersemangat untuk menempuh dugaan berpuasa.Yea lah,di bulan Ramadhan ni,macam2 dugaan ada kan?tengok orang bukan muslim minum air,kita semua terpaksa menahan lapar dan dahaga.Bagi yang merokok,adalah satu dugaan yang paling besar buat mereka.Namun,ambillah peluang Ramadhan ni untuk berhenti atau perlahan-perlahan berhenti merokok.Mama ucapkan tahniah kepada mereka..

Okaylah..Mama rasa sangat bersemangat sekarang ni untuk menulis entry ni.Maybe entry yang terakhir untuk malam ni sebelum bermulanya hari esok.Topik yang akan mama tulis dalam blog mama kali ni ialah KETIAK.mama memang suka ketiak dan ketiak membuatkan mama rasa sangat ghairah dan teruja.Nak2 bila ketiak tu bersih dan bulu ketiak tu terjaga dengan rapi.Bila terfikir tentang ketiak yang hitam belegam cam periuk belanga,bulu ketiak panjang cam ekor kuda,nak termuntah plak mama.hehehe..

Tengah2 duk membelek surat khabar dan majalah wanita tadi,mama ternampak satu artikel berkaitan dengan ketiak dan bau ketiak.agak menarik artikel tersebut.Dalam artikel tersebut mengatakan bahawa bau ketiak yang original pada lelaki mampu menangani masalah stress wanita.Bau ketiak lelaki yea..Perempuan pun ada bau ketiak gak ke?bagi wanita-wanita yang ada bau ketiak nak2 yang berbau cam cuka tu,pergilah basuh skit ketiak tu.letak banyak2 minyak wangi.Buruk bebenau kalau perempuan ada bau ketiak.hehehe..jangan marah yea..jadi memang betullah rupa2 nya bau ketiak lelaki ni sebenarnya adalah ubat kepada stress wanita..jom kita baca artikel yang mama petik dari sebuah majalah....

Beberapa tahun yang lalu, Bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania telah melakukan satu kajian yang telah membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu kaum wanita untuk menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau semulajadi lelaki.

Dalam uji kaji yang tersebut, bau semulajadi (peluh) itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur lingkungan 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu adalah bau peluh lelaki. Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita,dan selain itu wangian ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang stress.

Jadi untuk yang sudah berkahwin, boleh lah menjadikan mencium ketiak suami sebagai amalan seharian supaya boleh menghilangkan stress. Mungkin betul kajian dari University Pensylvania yang bau ketiak lelaki mampu menghilangkan stress. Manalah tau, mampu memperbaiki hubungan  rumah tangga serta mengurangkan kes penceraian.

Oleh sebab itu,mama sarankan supaya korang semua teruatamanya lelaki janganlah mengada-ngada lagi nak membazir duit untuk membeli deodorant.sebab bau original korang tu sememangnya mampu mengubati stress kami semua ini.hehehe..Kalau korang takot ketiak berbau sebab korang kuat berpeluh atau pape,mama sarankan korang beli kapur barus atau limau nipis dan sapukan pada ketiak korang ketika mandi.InsyaAllah akan hilanglah bau ketiak korang tu semua.Okay?oleh sebab itu,hentikanlah beli deodorant dan hentikan penggunaan deodorant sebab deodoran tu boleh buat ketiak korang tu hitam.nak tengok pon geli.hahahaha..bantulah kami semua kaum wanita ni untuk menghilangkan stress..hahahahaha..Bye!!

SShhhhhh!!!!!!!!!!!Lepas ni mama nak sorok deodorant pasangan mama.Mama pon nak hilangkan stress mama ni..Hahahahaha...Muah

No comments:

Post a Comment