Tuesday, 27 September 2011

Bergayanya awak.Tapi kena ke?

hai dan salam sejahtera smua..apa khabar korang pada hari ni?mama sekarang sdg mendengar ceramah tentang komunikasi yang dikendalikan oleh seorang pensyarah yang bergaya.Pensyarah ni merupakan jejaka idaman kawan mama sendri.sebab tu kwn mama yang turut hadir dalam majlis ni duduk belakang sekali sebab malu..hehehe

Okaylah..arini entry mama maybe paling pendek dan x pnjang mcam biasa sbb mama just nk komen pasal seorang ahli yang turut hadir ke majlis ni..adoi..dgr kata ahli ni memakai heels(tumit tinggi) sewaktu hadir ke majlis ceramah ni.high heels dia ni bukannya rendah tapi tinggi.sbb tu dipanggil high heels kan?hehehe..dia nak memakai high heels mmg bgus tp mslahnya,sesuai ke beliau hendak memakai high heels yang tinggi tu bejalan di atas jalan yang belum berturap tar yang penuh dengan batu2 bsar dan berselut memandangkan tanah kat sni tanah yang berselut.hehehe..zaman ujan ni,syang..pkai selipar jepun sudahlah kalau awk tu bjalan kaki.hehehe..okay lah..stakat tu je lah entry mama utk kali ni..sekian..bye

Ssshhhhhh!!!!!mama sendiri kalau boleh nak berkaki ayam je datang ke ceramah ni.lagi selesa..nak bergaya juga tapi keselesaan lebih diutamakan..

Monday, 26 September 2011

Take it or you just leave it

Hai dan salam sejahtera smua..mama sekarang sedang berehat2 di sebuah cafe terkemuka di Kuala Terengganu.Penatnya sangatlah teramat.Letih sangat..

Okaylah..Mama kali ni just nk bgtau kepada smua pmbaca blog mama.Mama tau kadang2 blog mama ni serba sedikit berkaitan dengan cerita kehidupan,gosip,cinta,nafsu amarah dan macam2 lagi.Tetapi mama nak tekankan di sini,mama hanya menulis blog ni kerana mama just nk give out what I am thinking while I see people and what I feel about people.that's all..sometimes people might say that my blog is very extreme about something even for anything.that is what I wanna say about my blog..

By the way,if you feel like my blog is very extreme and you don't agree with me,then that is the point of having the button of the terms and conditions.that's all.take it or you just leave it.Then...

Shhhh!!!I can criticise people and I can accept critics.that is the fair and square life..

Nak cucuk lubang lain,lubang lain dicucuknya

Hai dan salam sejahtera semua..Kali ini mama akan lebih aktif nak2 bila masuk tengahari ni.Mama bukan apa.Mama x mau mengantuk dan mama memang terpaksa mengaktifkan diri ini..

Okaylah..entry mama pada kali ini sangatlah ringkas dan panas..Panas ke??hehehe..panas gak lah dikalangan sahabat handai segosip mama yang lain.Mama rasa korang dengar title blog mama kali ni pon mesti agak berbaur lucah tapi sebenarnya tajuk blog mama pada kali ini memang tiada langsung berkaitan dengan seks mahupun perkara2 yang lucah.Nauzubillah..Mintak simpang dengan mama perkara2 yang lucah dan berunsurkan maksiat ni.Hehehe..Topik ni hanyalah berkaitan dengan seorang kawan mama yang memang mama amat kenali diri beliau.

Biarlah mama kenalkan pada korang semua pada kawan mama ini yang bernama Rahim(Bukan nama sebenar)..Rahim ni sebenarnya seorang jejaka yang memang hensem,tegap orangnya.Muka tak adalah smart sangat tapi manis tu adalah kan?hehehe..Ditakdirkanlah Rahim ni telah jatuh cinta dengan seorang kawan perempuan mama juga yang bernama Jamilah(bukan nama sebenar).Jamilah ni ibaratnya seorang bidadari lah di kalangan kawan-kawan mama sebab Jamilah seorang yang baik malah beliau juga seorang gadis yang cute.Nak dijadikan ceritanya,Jamilah ni ada seorang kawan baik yang bernama Marsya.Nak kata baik sangat pun xde lah juga sebab Jamilah dengan Marsya ni baru beberapa tahun menjadi kawan yang rapat.Jadi,segala aktiviti dan rahsia hati Jamilah memang akan diluahkan pada Marsya.

Rahim yang hendak 'tackle' si Jamilah ni sentiasa meminta tolong si Marsya ni untuk masukkan 'jarum' si Rahim ni pada Jamilah.Dengan harapannya,si Marsya ni akan membantu Rahim dan Jamilah ni untuk bersatu.Tetapi apakan daya,si Marsya ni bukannya hendak sangat menolong 'jarum' si Rahim pada si Jamilah tetapi dia duk sibuk masukkan 'jarum' si Rahim ni kat diri dia sendiri.Sedih!!Memang sedih..Si Rahim yang masih lagi tidak tahu tentang perkara ini masih lagi meminta tolong dengan Marsya dengan harapan Jamilah akan menjadi miliknya sedangkan Marsya ni sibuk melelongkan diri dia pada Rahim..Kesian pada Rahim..

Ini merupakan cerita benar dan mama memang mengetahui tentang perkara ini sebab mama sendiri pernah terbaca pesanan ringkas(SMS) di dalam telefon bimbit si Marsya ni.Bukannya nak menolong sangat si Rahim tu dengan Jamilah tapi sibuk duk keneng2 kan diri dia.Buat Marsya(bukan nama sebenar),janganlah sibuk nak lelongkan diri awak tu.Cukup2 lah..Maybe si Rahim tu x sesuai dengan awak..Kalau awak x dapat bantu Rahim dengan Jamilah,baik awak terus terang saje pada si Rahim yang awak bukan nak bantu sangat si Rahim dengan Jamilah tu tapi awak just nak tolong diri awak juga..Daripada awak duk sakit hati mendengar setiap keluhan Rahim terhadap Jamilah,baik awak terus terang saje.Dengan kuasa Allah Taala,manalah tahu kalau terbuka hati Rahim tu pada diri awak pulak..Sekian..Bye!

SSShhhhhhhhhhh!!!!!!Bukan mama nak sangat baca mesej orang lain di dalam telefon bimbit tu tapi tiap kali mama nak tengok gallery di dalam handphone kawan2,mesti kena msuk ibox dulu baru boleh access galley.Maybe configuration dalam handphone kawan-kawan mama tu macam tu kot..Hahahahaha...Bye!!