Tuesday 6 January 2015

Hanya Kerana Badannya Yang Hot Dia Jadi Selebriti?

Selamat malam mama ucapkan kepada semua anak mama yang masih aktif di waktu malam ni.

Korang semua nak jadi burung hantu ke yang masih belum tidur? Atau "burung hantu" korang menunggu nak masuk "sangkar" aje ni? Atau korang menjadi "sangkar" yang masih menunggu "burung-burung" balik ke rumah masing-masing? Hehehe.

Tak apalah. Mama tak kisah sangat pasal korang nak buat apa. Yang penting mama hanya nak anak-anak mama yang membaca blog mama ni sihat-sihat dan ceria selalu.

Mama pun dah siap-siap nak tidur sekarang ni. Dah siap cuci-cuci, pakai bedak tebal-tebal. Pakai baju tidur yang nipis-nipis. Bukan nak tarik perhatian sesiapa pun. Mama kan janda meletup. Teman pun tiada untuk dibawa baring bersama. Tapi itu tidak menghalang mama untuk sentiasa kelihatan cantik dan hot, bukan? Bukan siang aje mama ni nampak hot tau.

Cuma tiba-tiba terdetik di hati mama nak menulis mengenai selebriti Hollywood yang makin meletup sekarang. Korang pernah dengar ke nama artis Kellan Lutz?

Well, jika korang masih tak kenal, meh sini mama kenalkan dia dekat anak-anak mama semua.


Inilah dia Kellan Lutz ni. Korang dah ingat ke dia ni siapa? Bagi anak-anak mama yang hilang ingatan, Kellan Lutz merupakan seorang pelakon dalam filem yang famous dengan puntianak iaitu Twilight. Dia jadi Emmet dalam filem tu.

Kellan Lutz ni seingat mama pernah berlakon dalam beberapa filem di Hollywood tapi filem yang dia jadi hero tak adalah mendapat hitz yang banyak dari penonton. Maybe dari segi lakonannya yang tak menjadi atau plot cerita yang tak best (selain daripada Twilight).

Bila mama tengok semula profile Kellan Lutz ni, dia banyak juga berlakon dalam filem. Tapi kebanyakannya dia hanya pegang watak yang "light-light" je.

Tapi mama tak kisah sangat mengenai filem yang dia berlakon atau watak apa yang dia pegang. Cuma mama memang berkenan betul dengan body Kellan Lutz ni. Wah!! Lihat saja lengannya yang besar, ketiaknya yang seksi, perutnya yang berketul-ketul.





Mama rasa maybe sebab badan dia yang hot tu kot yang membuatkan dia laku di Hollywood. Wah... Kalau mama jadi pengarah filem pun, mama akan ambil dia. Mama bukan ambil dia untuk jadi pelakon di set lakonan saja, pelakon di rumah mama ni pun mama sanggup. Hehehe.

Apa-apa pun, mama ingin ucapkan tahniah pada Kellan Lutz di atas komitmen yang diberikan dalam filem Twilight. Mama suka. Kalau betul ada puntianak yang hensem macam Kellan Lutz ni, mama biarkan aje mama digigit. Bukan digigit macam dia gigit biasa-biasa tu, mama akan minta dia gigit mama dengan gigitan rakusssssssssss... Hehehe.

Mama suka betul tengok abs Kellan Lutz ni. Macam nak tidur atas badan dia saja. Nakal tak mama ni?

-Bad Mama-

No comments:

Post a Comment